Klik! Klik! Klik!

Thursday, September 15, 2011

Dugaan Demi Dugaan....

Hari ni baru 15 September tapi dah macam-macam dugaan yang mendatang...semuanya melibatkan masalah kesihatan anak-anak...dari yang sulung hinggalah yang bongsu...mungkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang atau musim angin bertukar arah...tapi sememangnya ramai anak-anak yang tidak sihat...

Bermula pada 9 September, jam 6.45 pagi mama dapat panggilan telefon daripada nenek Piah..."Faezah, Huda tarik..." terkejut mama...mujurlah pagi tu mama bangun awal sebab abah kerja syif pagi...mama telefon abah suruh dia balik pi tengok Huda...jam 7 pagi, nenek bagitau yang pakcik dah bawa Huda ke hospital..mama dengan Hana dan Hassya terus ke hospital...mujurlah masa jadi tu Huda tidur dengan makngah dia...dia tau apa nak buat...sampai kat hospital, mama terus pi tengok Huda...Huda masih tak berapa aware dengan keadaan sekeliling dia...dia tak menangis...hanya menggigil kesejukan...masa MA yang merawat Huda cucuk untuk ambil darah pun dia hanya menangis sekejap saja...Huda takmau nak cakap...tapi alhamdulillah, dia faham arahan dan memberi reaksi...tak lama kemudian, ateh dan acik pun sampai...mak dan abah pun sampai...Yaim pun singgah tengok Huda sebelum pi opis...doktor yang bertugas bagitau Huda kena masuk wad...jam 8.35 pagi, Huda ditempatkan di Wad kanak-kanak katil K1...mujur dapat katil panjang...bolehla mama tumpang duduk...

Suhu badan Huda tak menentu...kejap demam, kejap dak...seharian hari Jumaat tu Huda dipasang dengan drip air...7 botol semuanya sampai pagi Sabtu...kerap la Huda berulang pi tandas..seksa la jugak mama nak angkat Huda turun naik katil hospital yang tinggi tu...malam pertama dan kedua tidur agak terganggu dengan nyamuk...malam ketiga minta abah bawa ubat nyamuk elektrik...kurang la sikit nyamuk...ingat hari Ahad dah boleh balik tapi doktor tak bagi balik sebab Huda demam malam...kena la tahan untuk satu malam lagi...alhamdulillah, sepanjang di hospital tiada masalah...tiada apa-apa kejadian yang berlaku...darah Huda pun doktor kata ok..

Tapi kesian kat anak-anak di rumah...hari Jumaat petang, Hassya duduk di rumah Cikmah..Hana tidur dengan abahnya di rumah...hari Sabtu, Hana dan Hassya pulak yang demam...mama susah hati sangat-sangat tapi terpaksa mengharapkan makteh, makcik, nenek dan kakikwan untuk jaga Hana dengan Hassya...terima kasih buat keluarga yang banyak-banyak membantu...

Hari Isnin, Huda dah boleh balik...makngah ambil ajak pi rumah dia...pagi hari Selasa, mama pulak rasa tak sihat...perut memulas-mulas dan asyik ulang alik ke tandas...pagi tu juga mama ajak abah pi hospital untuk check semua...Hassya kena ambil darah...Hana dapat ubat saja...mama dapat MC...petang Selasa makngah hantar Huda balik...malam tu tidur di rumah nenek dan kakikwan sebab abah kerja syif malam...hari Rabu mama masuk kerja macam biasa...dengan harapan anak-anak semua sihat sejahtera...kakak Huda tak pi sekolah...pukul 10 pagi, mama dapat call daripada nenek bagitau Huda muntah-muntah...hati dah tak sedap...tengah hari tu mama balik tengok kakak Huda tidur..pukul 2 lebih bawa kakak Huda dan Hana pi hospital...selama tunggu giliran nak jumpa doktor kakak Huda dah berak 2 kali...mujur dah tak muntah...doktor suruh ambil darah...kakak Hana menangis meraung-raung tak bagi misi ambil darah dia...perangai brutal tapi penakut...sampai ke sudah tak boleh nak ambil darah Hana...doktor cuma bagi ubat...Huda doktor suruh ke hospital besar untuk pemeriksaan lanjut...sampai di hospital besar dah lewat...kena ke unit kecemasan...tunggu giliran punyalah lama...doktor cuma check 5 minit ja...pastu bagi ORS...sakitnya hati...sakit hati kat doktor di hospital lama sebab suruh refer kat hospital besar...penat sangat...malam tu semua tidur lena sebab keletihan....

Hari ini, mama tak dapat apa-apa call daripada makcik, makteh, nenek ataupun kakikwan...mama harap semuanya sihat...amin