Klik! Klik! Klik!

Thursday, October 27, 2011

Sampai bilakah....??

Banyak perkara yang bermain di fikiran sejak kebelakangan ini. Banyak soalan yang perlu dijawab. Bukan mempersoalkan takdir cuma berfikir macam mana nak ubah kehidupan sekarang. Yang dah lepas dah tak boleh nak buat apa. Yang kita boleh buat ialah merancang sekarang untuk kehidupan akan datang.

Antara persolan yang bermain di fikiran:
1) Bila nak sambung study?
    Keinginan nak belajaq tu ada tapi kekangan kewangan tu rasanya terlalu besar. Aku pernah bagitau suami "kita dah senang sgt dulu sebab tu sekarang kita susah...". Tapi rasanya sesusah aku ni ada lagi orang lain yang lebih susah...

2) Camana nak tambah pendapatan keluarga?
     Sekarang ni aku rasa kalu tak boleh nak tambah pendapatan, aku kena kurangkan perbelanjaan. Tapi aku taktau nak buat camna.
3) Bila nak tambah zuriat?
    Kalu ikutkan hati ni memang nak sangat2 mengandung lagi tapi rasanya belum mampu lagi nak mendidik anak2 jadi insan2 soleh dan solehah. Lagipun rasanya keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk mengandung lagi.

4) Bila nak beli rumah sendiri dan dimana?
    Dah banyak rumah aku survey tapi taktau nak pilih yang mana. Nak yang murah tapi jauh. Ada yang murah suami plak tak mau. Lagi satu kalu beli rumah nak kena ada duit sikit sebab nak kena bayar deposit dan duit lawyer. So, taktau la bila bleh beli rumah.

Apapun soalannya, jawapan tu ada. Cuma aku kena cari dan jangan sesekali lupa pada Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu...




Sunday, October 2, 2011

Semoga kakak Huda lebih sihat...

Penantian untuk menjalani pembedahan tonsil telah berakhir...Huda telah selamat menjalani pembedahan tersebut pada 26 September lalu...pembedahan yang ditangguhkan ke bulan Disember dapat juga dilakukan hasil usaha suami...apapun, terima kasih Allah kerana mengizinkan pembedahan ini dijalankan...

Temujanji pada 22 September dengan pakar EnT memaklumkan bahawa Huda akan dibedah pada 26 September...Huda diminta daftar masuk wad petang 22 September itu juga...namun, atas kebenaran doktor, Huda dibenarkan untuk pulang 'bercuti'...menurut jururawat yang bertugas, hanya pesakit di Wad 6A sahaja dibenarkan berbuat demikian...ini kerana, pesakit di wad tersebut merupakan pesakit yang stabil...apa yang aku lihat, kebanyakan pesakit di wad 6A adalah pesakit dibawah pemerhatian doktor Ortho dan EnT...Huda dikehendaki datang semula ke wad pada hari Sabtu jam 8 malam...

Hari Jumaat dan Sabtu, aku berusaha mengemaskan rumah sebaik mungkin memandangkan aku akan menjaga Huda di hospital...Hana dan Hassya akan ditinggalkan bersama keluarga ku...malam pertama suami ku menjaga Huda di wad memandangkan aku perlu ke pejabat terlebih dahulu bagi mengisi borang cuti...


tengah buat keja sekolah...konon la...
abah dengan Huda

Pagi Ahad, dari pejabat aku terus ke hospital bagi membolehkan suamiku pulang...seharian di wad, Huda kebosanan memandangkan dia sihat dan boleh bermain...hasil perbincangan dengan pakar bius, pembedahan akan dijalankan seperti yang dijadualkan...tapi malam itu, aku susah hati...Huda demam...seandainya demam tak kebah juga pagi Isnin, pembedahan yang dijadualkan akan ditangguhkan...ohh tidak!! semalaman aku tidur tak lena...ku jelum badan Huda sentiasa supaya demamnya hilang...alhamdulillah...menjelang pagi, Huda dah tak demam lagi...

budak demam

Pagi Isnin itu, Huda dikehendaki berpuasa bermula jam 12 tgh malam...mujurlah dia bangun lambat dan pembedahannya dijadualkan jam 9 pagi...tepat jam 9 pagi, Huda ditolak ke dewan bedah...suami menemani di dalam...sepanjang tempoh pembedahan, hati tak putus2 berdoa agar semuanya berjalan lancar..jam 10 pagi Huda tak keluar lagi...aku dah susah hati...mesej dari suami bagitau Huda belum sedar lagi...10.30 pagi suami panggil suruh masuk...Huda menangis dan tak mau buka mata...puas la jugak aku pujuk supaya dia diam dan bertenang...hampir jam 11 barulah Huda ditolak balik ke wad...bermulalah episod sukar...puas dipujuk barulah Huda makan aiskrim...mungkin sebab ubat bius tu, sepetang dia tidur...malam tu barulah dia bangun...tapi asyik merengek kesakitan...makan aiskrim pun tak abis...makan dadih pun tak abis...dengan bantuan ubat, malam tu Huda tidur dengan lena walaupun demam...pagi Selasa, doktor yang melawat bagitau Huda tak boleh balik lagi sebab demam...terpaksalah aku menyambung cuti sehari lagi...pagi tu Huda makan koteow sup...lega hati tengok dia mau makan...hari Rabu, Huda dah semakin sihat...dah tak merengek sakit...cuma aku tengok batuknya saja yang makin menjadi2...mungkin sebab ais batu yang ku berikan kepadanya untuk dikulum...petang Rabu Huda dah dibenarkan pulang...lega hati boleh tengok Hana dan Hassya...


Semoga dengan pembedahan yang telah dibuat ini, kakak Faezatul Huda akan lebih sihat dan tidak lagi diserang demam dan sawan... amin ya Rabb...

Huda tonsil gred 3
-Ihsan google-