Klik! Klik! Klik!

Sunday, May 29, 2011

Penatnya rasa...

Rasa menyesal sangat ambil cuti hari Khamis aritu (26/05/2011)..ingatkan lama jumpa doktor EnT...tapi sat saja...doktor tu tak check apapun...cuma tanya kakak Huda makan ubat dak, amik ubat hidung dak...tu ja...pastu tanya nak operate ker dak...ish ish ish...at least puan doktor check la dulu keadaan anak saya tu..baru la tanya nak operate ker dak...tapi saya amik jugaklah tarikh untuk operate..29 September 2011...lepas raya...sekarang ni tengah fikir nak bawa Huda pi check kat mana nak minta 'second opinion'...nak check betul ker tonsil dia mmg bengkak...nak tanya perlu ker dak pembedahan tu dilakukan dan risiko yang ada semasa dan selepas pembedahan...tanya dekat doktor kerajaan ni macam duk kata lah...bukannya nak layan sangat...nasib dapat doktor yang baik mau la dia jawab semua soalan kita...satu lagi saya nak tanya pasal masalah darah Huda...mungkinkah dia boleh dapat talasemia sedangkan saya dan en.suami bukan pembawa talasemia....hmmmm...kena karang soalan ni bila nak bawa Huda pi check nanti...takut lupa... 

Wednesday, May 25, 2011

Temujanji lagi..

Esok (26/5/2011), temujanji kakak Huda di Hospital Sultanah Bahiyah dengan doktor EnT. Rasa berdebar2 dan risau bila memikirkan temujanji ini. Persoalan yang bermain di fikiran 'wajarkah kakak Huda menjalani pembedahan tonsil?'...

Jika difikirkan, ada dua perkara yang memerlukan pembedahan tonsil ini dilakukan:
1) kakak Huda kerap demam sejak kebelakangan ini dan bila demam kemungkinan untuk 'tarik' tu ada.
2) kakak Huda bernafas ikut mulut ketika tidur. Adakah ini disebabkan oleh tonsil @ masalah hidung? Kemungkinan berlaku apnea itu ada.

Bila tanya en.suami, en.suami tanya balik kat kita "mama rasa macam mana?"...

Rasanya esok kena ajak en.suami pi sekali untuk temujanji ni. Biar dua2 orang puas hati mendengar penjelasan doktor. Apa saja keputusannya akan diberitu kelak..insya Allah

Sunday, May 22, 2011

Huda oh Huda...

Tanggal 19 Mei 2011, genaplah usia kakak Faezatul Huda 5 tahun. Banyak dugaan yang ditempuhi oleh kakak Huda sehari sebelum sambutan hari lahirnya. 18 Mei 2011 ada temujanji kakak Huda yang kesekian kalinya di Klinik Kesihatan Bandar (hospital lama). Dan untuk kesekian kalinya juga kakak Huda perlu merelakan darahnya diambil. Dari dalam bilik doktor lagi kakak Huda dah menangis. Mungkin sebab memikirkan pengalaman sebelumnya yang agak menyakitkan. Ditambah pula dengan keletihan menunggu giliran. Seawal jam 7.45 pagi kami telah berada di klinik namun hanya dapat berjumpa dengan doktor jam 10 pagi. Kagum melihat jururawat memujuk kakak Huda untuk membenarkan darahnya diambil. Terima kasih wahai puan jururawat. Selesai ambil darah, doktor menetapkan tarikh untuk temujanji berikutnya. Sebulan dari sekarang. Hasil perbincangan dengan doktor, kakak Huda mempunyai masalah di dalam darhnya namun hasil pemeriksaan yang telah dilakukan belum dapat mengenalpasti punca dan jenis masalah tersebut. Selagi belum dapat dipastikan masalah darah kakak Huda, selagi itulah kakak Huda perlu membenarkan jururawat mengambil darahnya.

Selesai semuanya, kami bergerak untuk pulang ke rumah. Saya tidak bercadang untuk cuti hari tersebut memandangkan hari Khamis minggu berikutnya saya akan bercuti untuk membawa kakak Huda ke temujanji EnT. Namun begitu, lain yang dirancang, lain jadinya. Kakak Huda muntah dalam kereta dan mula membuat perangai. Akhirnya, demi anak tersayang, saya sms untuk memaklumkan yang saya EL hari tu. Nak jadi cerita, malamnya pula kakak Huda mengalami keracunan makanan. Kakak Huda cirit birit dan muntah sehingga jam 2 pagi. Mujurlah hanya keracunan makanan dan kakak Huda kembali cergas untuk menyambut hari ulangtahun kelahirannya keesokan hari.

Pada hari tersebut (19 Mei 2011), mama tak pergi kerja kerana keadaan diri yang agak pusing akibat berjaga malam bersama kakak Huda. So, pagi tu mama bersama anak2 ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Telinga adik Hassya cikmah dan kakikwan kata busuk. Sah! Doktor kata ada jangkitan. Doktor bagi ubat titik dan ubat makan. Kakak Huda dapat ubat cirit, muntah dan angin. Kakak Hana dapat ubat kahak. Mama dapat ubat senak dan angin. Jumlah kesemua RM53. Habis di klinik pergi ke kedai untuk beli kek. Kakak Huda nak kek macam abah. Kek aiskrim mocha. Habis lagi RM50. Sesak juga la sementara nak menunggu gaji. Insya Allah, rezki anak2 ada...amin

kek besday kakak Huda

Esoknya, hari Jumaat (20 Mei 2011), ibu mertuaku telah buat kenduri makan2 untuk cucu kesayangannya. Menu hari tu ialah nasi putih, masak lemak udang dan nenas, somtam, ikan goreng, sambal belacan dan ulam timun. Menu yang sangat marveles terutamanya somtam. Memang feveret. Malam tu kakak Huda tak balik dengan mama abah dan adik2. Kakak Huda nak tido sana sebab Makngah ada.

Sempena ulangtahun kelahiran kakak Huda yang ke 5 ini, doa dan harapan mama agar:
1) kakak Huda menjadi anak yang SOLEHAH.
2) kakak Huda menjadi cucu yang SOLEHAH.
3) kakak Huda menjadi kakak MITHALI.
4) kakak Huda menjadi pelajar TERBAIK.
5) kakak Huda menjadi hamba Allah yang BERIMAN dan BERTAKWA.

Dan yang paling penting mama berdoa agar kakak Huda diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk berbakti kepada keluarga, agama dan bangsa..

Amin ya RABB....
Besday girl