Klik! Klik! Klik!

Tuesday, February 14, 2012

Ampun...

Di sini saya nak kongsikan sedikit tentang kesalahan besar yang sering kita lakukan sebagai seorang isteri...kesalahan ni nampak ja kecil tapi sebenarnya besar yang boleh membawa kepada NUSYUZ...Kita selalu beritahu suami bukannya minta izin suami untuk keluar daripada rumah...walaupun tujuan kita betul nak keluar rumah pi tengok mak abah atau memenuhi undangan kenduri dan sebagainya...namun, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...


Resipi Hidup bersama Suzana Ghazali: Keluar rumah: minta izin atau beritahu suami?:

"Hukum syarak menetapkan seorang isteri perlu mendapatkan izin suami untuk melakukan apa juga tindakan dan perbuatan termasuk untuk keluar daripada rumah walaupun untuk bekerja, ke pasar atau tika berdepan dengan kes-kes kecemasan. Diriwayatkan pada zaman Rasulullah SAW, seorang isteri diberikan pengiktirafan oleh baginda Rasul kerana tahap ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada si suami. Menurut riwayat, si suami terlibat dalam perang berjihad ke jalan Allah.

Dalam tempoh tersebut, si isteri yang ditinggalkan di rumah didatangi seorang saudaranya daripada kampung mengkhabarkan tentang ayahnya yang sakit tenat. Si isteri hanya menjawab: “Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.” Tak lama, saudara tadi berjumpa sekali lagi dengan si isteri, mengkhabarkan ayahnya telah meninggal dunia. Si isteri masih berikan jawapan yang sama: “Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.” Tidak lama, si suami pulang daripada berjuang. Si isteri memberikan sepenuh layanan kepada si suami termasuk layanan intimasi. Bila yakin si suami mendapat layanan sebaiknya, barulah si isteri mengkhabarkan berita tentang ayahnya. Saya yakin, anda boleh baca tentang kisah ini dalam banyak buku panduan wanita dan isteri solehah.

Dalam konteks perbincangan kali ini, kisah ini adalah sebagai panduan betapa seorang isteri perlukan izin daripada suami dalam setiap perkara hatta kes kecemasan sekalipun. Memang itu kehendak hukum syarak, bukan kata saya atau kata alim ulamak lainnya. Dapatkan izin ya dan bukan beritahu. Terdapat perbezaan yang besar antara dapatkan izin dan beritahu. Kalau anda beritahu dan suami tak izinkan, anda tak boleh lakukan perkara yang anda hajati tersebut. Lantaran, bagi memudahkan urusan dalam kehidupan seharian, saya selalu praktikkan meminta izin daripada suami secara umum: Saya mohon izin untuk keluar rumah bekerja dan lakukan perkara-perkara yang penting dan perlu untuk keperluan diri dan keluarga. Bukan bererti dengan izin umum tersebut, tak perlu lagi izin suami. Masih perlu tetapi izin umum tersebut jika dalam keadaan suami tiada di depan mata saya atau sukar nak hubungi suami.

Namun, dalam zaman serba mudah dan canggih ini, tiada erti susah dan sukar nak dapatkan izin suami. Sekelip mata, anda boleh maklumkan dan dapatkan izin suami. Paling penting, perancangan awal. Jangan pulak dah janji dulu dengan kawan kemudian baru minta izin dan cakap pulak, dah janji dengan kawan. Itu ertinya memaksa suami bagi izin. Kalau izin dalam keadaan terpaksa, sama lah seperti izin tanpa rela dan redha suami. Jika terjadi apa-apa kesan daripada izin terpaksa tersebut, anda boleh dinobatkan sebagai isteri nusyuz.

Walaupun begitu, terdapat pengecualian di dalam perkara tertentu iaitu hal keganasan rumahtangga, tika membelanjakan wang hasil pendapatan sendiri dan hal-hal keselamatan. Jika anda adalah mangsa keganasan rumahtangga, sering dipukul dan dibelasah oleh suami, tak perlulah dapatkan izin suami untuk keluar rumah nak buat aduan ke balai polis dan dapatkan pemeriksaan perubatan. Janganlah lurus bendul pulak. Jika anda adalah mangsa keganasan dan anda mula bimbang dengan keselamatan diri anda dan anak-anak, anda boleh keluar daripada rumah walau tanpa pengetahuan atau izin suami tetapi pastikan anda buat aduan ke balai polis berhampiran dahulu. Nyatakan tujuan anda keluar kerana bimbangkan keselamatan diri anda dan anak (jika ada) disebabkan tindakan suami yang bertindak membahayakan keselamatan dan nyawa anda. Kemudian, buat aduan ke pejabat agama pula. Ingat!! Hanya yang membahayakan keselamatan. Jangan merajuk ja dah keluar rumah kemudian buat laporan polis.

Dalam membelanjakan hasil pendapatan sendiri, tak perlukan izin suami tetapi suami boleh memantau dan campurtangan jika perbelanjaan yang dibuat bukanlah perbelanjaan yang perlu dan wajar menurut syarak. Dalam kes keselamatan berkaitan penyakit atau kelahiran, jika doktor mengesahkan anda perlu lakukan sesuatu demi keselamatan nyawa anda tetapi suami tidak izinkan, tika ini anda boleh mengenepikan izin suami. Dengan syarat, membahayakan nyawa. Bukannya kemaslahatan sosial atau kewangan ya...Perkahwinan adalah perkongsian, hormatilah pasangan anda dengan dapatkan izin untuk lakukan sesuatu, bukan hanya izin suami tetapi juga izin dan beritahu isteri... kerana isteri berhak ke atas anda, sama seperti anda juga berhak ke atas isteri anda..."

(Pn. Suzana Ghazali merupakan *Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie *Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita, Dilema Perkahwinan Pa&Ma dan Cermin Diri Kosmo! *Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan *Panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro *Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998)-daripada blog beliau http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/

Wednesday, February 8, 2012

Mengai....

sekadar hiasan



Mengai @ memancing adalah antara hobi en. suami...untuk pengetahuan semua, en. suami ada banyak hobi..antaranya tangkap gambaq, mengai, audio kereta, deejay rumah kenduri dan beberapa lagi...tapi dalam banyak2 hobi, hobi mengai ni rasanya paling banyak modal yang telah dilaburkan...mana taknya, rod mengai ada dekat 10...mesin mengai pun dekat 10...toolbox utk mengai ada 2...tak masuk lagi barang2 haluih yang diperlukan untuk aktiviti mengai ni macam mata kail, batu ladung dan sebagainya...pendek kata, apa saja yang diperlukan oleh seorang pemancing tegar semuanya telah dimiliki oleh en. suami...

Untuk makluman, aku sama sekali tidak pernah mengongkong atau membantah apa sahaja hobi en. suami...sebab apa?? sebab aku sayangkan dia...cuma satu ja yang aku minta...selesaikan dulu urusan yang melibatkan keluarga atau sediakan dulu keperluan keluarga...lepas tu baru lah boleh bagi tumpuan pada hobi...satu lagi, masa tu kalu boleh luangkanlah jugak untuk keluarga...jangan abiskan masa untuk hobi semata2...hahahah...kata tak kongkong, tapi banyak pulak bebelnya...

Aku sebenarnya nak cerita pasal trip mengai terbaru en. suami...sebelum2 ni, en. suami pi mengai di kolam, di parit kat rumah Pulau Nyioq...abis jauh pun pi trip dekat area2 Pulau Langkawi...tapi kali ni lain...dia pi mengai di Laut China Selatan di perairan negeri Terengganu...trip kali ni dia tak bagitau kat aku...dia kata dia lupa...sebabnya dia kata dia dah booking dari tahun lepas...aku tau pun sebab dia ajak pi teman dia buat border pass...aku bising la jugak...sebab apa dia tak bagitau masa dia buat booking tu...tapi nak marah2 pun tak guna...dia tetap akan pi...so, Jumaat malam tu aku siapkanlah barang2 yang dia nak bawa...tapi aku susun ja...dia yang packing masuk beg...pagi Sabtu (21/1/2012) pukul 9.30 pagi kawan dia mai amik dia...depa pi ke Kelantan melalui Siam...sebab tu buat border pass...aku risau la jugak sebab masuk Siam...tapi tawakal jerlah...minta Allah lindung perjalanan depa semua...dia sampai di Kelantan dah petang...tido kat homestay...dari jeti di Kelantan (aku tak ingat nama tempat tu) depa naik bot pi mengai kat perairan Terengganu...sepanjang kat sana, dia takleh nak kol atau sms aku sebab line takda...risau hati ni Allah ja yang tau...mujurlah keluarga dekat...selama ketiadaan en. suami, aku berkampung di rumah mak abah...hari Rabu (25/1/2012), en. suami pulang membawa hasil tangkapan...banyak la jugak...macam2 ikan ada...

Hari Khamis (28/1/2012), kami bawa ikan2 tu pi restoran suruh depa masak...aku dengan keluarga mertua ku semua ada berhimpun untuk makan...penuh meja jugak lah dengan makanan...tapi mahal jugaklah kat restoran tu...bawa ikan sendiri untuk buat stim, goreng n sweetsour, pastu oder teluq dadar, sayuq kailan ikan masin, tomyam dengan nasi untuk 9 orang makan...minum ayaq oren...semua sekali RM120...mujuqlah, adik ipaq yg bayaq...hehehe

Tapi, alhamdulillah...dapat jugak bersama2 dengan keluarga mertua...

adik Hassya makan sendiri

semangat en. suami makan hasil tangkapannya

Sakit Mata (sambungan....)

cian makteh

Inilah rupa makteh sekarang ni (7/2/2012) sebab sakit mata...makteh bukan pejam tau...mata makteh bengkak...mata sebelah kanan memang takleh buka langsung...mata sebelah kiri boleh buka sikit jer...ujian untuk makteh...nasib baik bukan time exam...kemarin Hana tanya "awat makteh makan nasi pejam mata?"...cemana nak jawab soalan tu?hehehe...

Sabar yer makteh...semoga Allah memberi pengampunan atas dosa2 makteh dengan kesabaran makteh menghadapi ujian ini...amin ya Rabb...

entry pasal makteh sebelum ni...di sini

Tuesday, February 7, 2012

Lagi-lagi Hana...

Dua tiga menjak ni banyak sungguh cerita pasal Hana...kali ni cerita pasal Hana sakit gigi...antara semua anak2, gigi Hana yang paling buruk...mungkin sebab masa mengandung Hana dulu, aku tak suka minum susu...sebab masa tu aku kena diabetes (tahap tak teruk yer...). pastu pulak aku suka sangat makan benda2 manis...jadi 'sweet tooth' tu turun kat Hana...dah la suka makan benda manis, susah pulak nak berus gigi...alamatnya memburuk lah gigi dia...

Berbalik kepada cerita tadi, dah dua tiga hari Hana gaduh sakit gigi...tapi aku tak buat apa...maksudnya aku takda bawa dia ke klinik...kenapa?? sebab aku tau dah gigi tu kena cabut...lagipun aku tengok dia boleh makan dan minum lagi...cuma kurang la makan tu...cuma malam2 dia akan nangis sebab sakit dan tidur tak berapa nak lena...tapi balik kerja kelmarin, mak bagitau gigi dia dah nanah...pastu dia makan sikit sangat...aku buat keputusan bawa jugak dia ke klinik...malam tu jugak pi klinik gigi swasta...lama jugak tunggu di klinik sebab doktor masuk lambat...masa tengah tunggu giliran tu, bukan main buas lagi...asyik duk tanya "awat doktor tak panggil kakak Hana lagi?"...tapi bila dah sampai giliran dia, suruh duduk atas kerusi pun takmau...suruh nganga mulut bagi doktor tengok pun...memang penakut pahit...last2 doktor suruh aku pegang dia dan doktor kepala dia...bolehla jugak doktor tu tengok gigi Hana...doktor gigi tu muda lagi...seorang lelaki yang pada pendapat aku agak lembut tapi seorang yang tegas...doktor tu kata gigi Hana dah mati...nak kena cabut...kalu dak akan berulang sakit tu...tapi sekarang ni takleh buat lagi...sebab tengah bengkak dan bernanah...doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit...kena habiskan antibiotik tu dulu...mujurlah anak2 ku takda masalah makan ubat...nganga saja...tapi bila pikiaq nak pujuk dia cabut gigi tu nanti jenuh la jugak...takpa...sampai masa nanti kita buat la camna pun...


Monday, February 6, 2012

sakit mata lagi....

Setelah beberapa minggu berselang, akhirnya makteh 'terkena' juga jangkitan sakit mata ini...bermula pada hari Isnin minggu lepas (maknanya dah seminggu la...) di rumah sewanya...masa tu mak abah dgn adik haida pi KL untuk melawat sedara mara dan bakal besan di sana...hari Isnin telefon makteh sebab nak tanya dia ada kelas ker dak...pastu dia cakap nak pi klinik sebab sakit mata...masa pi ambil dia petang tu tengok mata baru merah2 dan bengkak sikit pada kelopak mata...dok ulang alik pi rumah mak, tak perasan pulak yang sakit mata dia teruk...mungkin sebab dia pakai spek mata...sebab tu ingatkan sikit2 saja...ari Khamis tu, pi dinner kat luar...makan seafood...semalam (ari Ahad cuti Maulidur Rasul) balik rumah mak...tergezut gak la tengok mata kanan makteh...memang bengkak tahap gaban...tahap merah merinin sampai takleh buka dah mata...makteh kata bengkak sebab makan tak pantang...kalu pantang makan mata takkan bengkak sampai macam tu...kesian sangat tengok...air mata sentiasa mengalir...
Hana tanya "makteh tengok tv ka?" satu soalan yang agak melucukan memandangkan makteh duduk depan tv tapi mata tutup...

Ya Allah, cepat lah sembuh sakit mata adikku ini...semoga tiada lagi yang akan berjangkit selepas ini...amin...

Entry sebelum ini pasal sakit mata di sini...

Entry along pasal sakit mata di sini dan di sini...