Klik! Klik! Klik!

Tuesday, November 29, 2011

New Addition To The Family...

(Entry yang tertangguh...)
Birthday abah 19 November 2011...hadiah birthday abah tahun ni ialah cucu girl dari anak lelaki tunggalnya...kelahiran yang penuh dugaan dan cabaran namun berakhir dengan selamat...alhamdulillah syukur pada Allah...

Segalanya bermula pada hari Isnin 14 November 2011 selepas pertemuan dengan doktor pakar di Hospital Kangar..daripada scan yang telah dibuat, doktor mendapati baby dalam kandungan agak besar iaitu 3.4 kg pada usia 37 minggu...doktor telah menyarankan agar Yana admit wad untuk proses induce kerana doktor tak mau tunggu sehingga 40 minggu...namun pada hari Isnin tersebut, mak abah dan ateh dalam perjalanan ke KL untuk menghantar acik dan Am balik ke Mesir..aku pulak terpaksa ke Kulim atas urusan kerja...hasil perbincangan, Yana buat keputusan untuk minta reference letter bagi membolehkannya admit wad di Hospital Sg. Buloh...malam tu juga mereka bertolak ke Shah Alam...hari Jumaat Yana admit wad bagi membolehkan proses induce dijalankan...selama 2 hari Yana menanggung kesakitan...semua resah dan gelisah menunggu saat kelahiran...paling gelisah of course lah adikku Yaim memandangkan ini anak sulung mereka...aku di rumah tertanya-tanya dah bersalin ke belum...jam 4 pagi 21 November, mak mesej kata Yana dah selamat melahirkan baby girl..aku ingatkan bersalin normal kerana dah 2 hari induce...rupa-rupanya Yana ke ceasar...mungkin sebab baby dah tunjuk tanda-tanda distress...nak buat macam mana...dah itu ketentuanNya...apapun, aku bersyukur kerana mama dan baby sihat dan selamat...

Inilah wajah baby kesayangan Yaim dan Yana serta ahli keluarga terbaru keluarga Haji Kamaludin dan Norsiah...semoga dengan kelahirannya menambahkan lagi keceriaan dan rezeki kami...amin ya Rabb...

KHAIRINA IRDINA BINTI MUHAMMAD KAMALHAMDY
ibu dengan baby

ayah dengan baby


Monday, November 14, 2011

Menanti hari esok....

Sepatutnya hari ini, aku dah sampai Kulim untuk menjalankan tugasan luar..tapi terpaksa ditangguhkan sebab seorang ahli kumpulan cuti..so, esok baru akan ke Kulim sehingga hari Khamis ni..hari ini juga, mak abah dan ateh dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk hantar acik dgn Mukram balik Mesir...mungkin hari ni, depa akan transit di Sabak Bernam dulu untuk melawat saudara mara di sana...lepas tu baru ke Kuala Lumpur...hari ni juga, adik ipar saya (satu2nya adik ipar perempuan) akan balik ke Shah Alam...perjalanan yang dijadualkan pada hari Sabtu ini terpaksa diawalkan apabila doktor pakar Hospital Kangar bimbang dengan kandungan yang dijangka agak besar...maka, impian Liyana untuk bersalin di Hospital Sg Buloh akan tercapai...insya Allah...walau kat mana sekali pun, Yana bersalin, angah doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya...tiada yang lebih penting daripada ibu dan anak yang sihat dengan kelahiran yang sempurna...amin...


Bagi mak, abah n ateh: SEMOGA SELAMAT PERGI DAN BALIK...INSYA ALLAH, TIADA APA YANG AKAN BERLAKU SEPANJANG KETIADAAN KALIAN DI SINI...ANGAH, ABENGAH DAN ANAK2 MENANTI DENGAN SABAR KEPULANGAN SEMUA....

Buat Yana & Yaim: SEMOGA PERJALANAN SENTIASA DILINDUNGI OLEH ALLAH DAN SEMOGA KELAHIRAN BABY NANTI DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI....ANGAH SEKELUARGA MENANTIKAN KELAHIRAN BABY YANG SIHAT DAN SEMPURNA...AMIN

Buat acik n pakcik: SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE MESIR DENGAN PERJALANAN YANG LANCAR...SEMOGA BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN YANG BARU DAN DAPAT MENGHABISKAN PENGAJIAN DENGAN CEMERLANG...AMIN

YA ALLAH YA TUHANKU, JAUHKANLAH MALAPETAKA DARIPADA MELANDA KELUARGAKU DAN SEMUA...SESUNGGUHNYA, ENGKAULAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI....AMIN YA RABB....

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".

Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


Thursday, November 3, 2011

Tadika oh Tadika...

Susahnya cari tadika nak hantar Huda dan Hana...kalu ikut hati nak saja hantar ke tadika swasta yang sekali dengan nursery tu...tapi tak mampu...sekarang ni suami tengah melihat2 tadika yang ada...pilihan sekarang sama ada tadika KEMAS atau PASTI...hmmmm


hanya sebagai hiasan - sumber google

hanya sebagai hiasan - sumber google


Cikmah dan Cikmah...

Aku ada dua Cikmah...dan kedua2 mereka memberi kesan yang besar dalam hidupku...

Cikmah rambut panjang aka Noormah Bajuri merupakan mak saudara ku iaitu adik kepada ibu ku...kenapa Cikmah yang ni bermakna padaku? Kerana selama 3 tahun aku menumpang kasih sayang, perhatian, kehidupan dan semua dengannya...aku seorang yang tidak pernah berjauhan dari keluarga...aku berhenti dari pengajian ijazah sarjana kerana aku terpaksa berjauhan dari keluarga...namun, ketika mendapat kerja sebagai kakitangan kerajaan, aku terpaksa melaporkan diri di Putrajaya dan ditempatkan di sana...berbelah bagi perasaan ku...apatah lagi ketika itu aku baru sahaja 2 bulan mendirikan rumahtangga...namun atas nasihat semua aku terima jawatan itu dan pada 3 Oktober 2005, bermulalah kehidupan ku bersama Cikmah dan jauh daripada suami tercinta...aku banyak terhutang budi pada Cikmah sekeluarga...terima kasih Cikmah....semoga Allah memberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik kepada Cikmah...amin ya Rabb...

Cikmah rambut pendek aka Siti Fatimah Musa merupakan seorang 'ibu' padaku...dia tidak punyai apa2 talian darah dengan ku namun kehadirannya amat bermakna pada ku...Cikmah merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga ku dan adik2ku selama ini...dan sekarang Cikmah bertanggungjawab menjaga anak2 ku...aku amat bersyukur pada Mu ya Allah kerana membawa Cikmah dalam kehidupanku...Cikmah banyak berjasa kepada keluargaku...pengaruh Cikmah terlalu banyak dalam diri ku...cuma dari segi rajin tu ja yang tak turun pada ku...hehehe...Cikmah seorang yang penyabar walaupun cenge...Cikmah seorang yang rajin tapi sangat2 pemalu...Cikmah berkongsi tarikh lahir dengan along iaitu pada 30 Disember...selama 31 tahun aku mengenali Cikmah dan aku sangat2 menyayanginya walaupun jarang aku tunjuk...doa ku semoga Cikmah sentiasa sihat dan gembira dan bahagia sehingga akhir hayat...amin ya Rabb...


Cikmah @ Siti Fatimah Musa & Cikmah @ Noormah Bajuri - ihsan fb kakya



Wedding.....

Tanggal 29 Oktober 2011, berakhirlah penantian acik...acik selamat diijabkabulkan...alhamdulillah...segala yang dirancang berjalan dengan lancar walaupun persiapan hanya dalam masa sebulan...sedikit ralat bila adik takda...tapi gembira sebab cikmah ada...

Syukur pada Allah yang memudahkan majlis...bermula jam 10 pg di masjid bagi upacara akad nikah sehinggalah selesai kenduri...cuma diganggu oleh hujan yang turun secara tiba2 dan berhenti juga secara tiba2...aku diberi kepercayaan oleh suami untuk mengambil gambar manakala dia membuat rakaman video...kesudahannya, satu gambar pun takda muka aku...ramai tetamu yang datang termasuk rakan2 opis...terima kasih pada semua...

Tahun ni agak istimewa sebab berlangsung dua kenduri...satu di awal tahun dan satu lagi di hujung tahun...apapun, aku doakan kedua2 orang adikku bahagia bersama pasangan masing2...amin ya rabb

Syukur juga pada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik kepada kedua ibubapa ku dan memudahkan segala urusan sepanjang membuat persiapan kenduri ini...walaupun masa yang terhad, aku lihat mak abah gembira dan tidak stress...mungkin juga sebab acik banyak membantu dan ateh yang menghiburkan mereka...syukur alhamdulillah...
Doaku pada acik dan Mukram:

'Semoga kalian berdua gembira dan bahagia bersama serta lebih tenang dalam menghadapi kehidupan...semoga kalian berdua dapat menghabiskan pelajaran dengan cemerlang dan hidup bahagia hingga ke syurga...amin ya Rabbal a'lamin...'

Hantaran hasil kerastangan acik -ihsan fb kakya
acik dan mak tersayang - ihsan fb kakya
semasa majlis akad nikah - ihsan fb suami
makan beradap - ihsan fb suami
pasangan pengantin awal tahun - ihsan fb yana