Klik! Klik! Klik!

Thursday, May 16, 2013

Kembali ke pejabat setelah sebulan lebih MC...

Salam untuk semua...

Setelah MC selama sebulan lebih, saya kembali ke pejabat pada 15/5/2013...nak tahu kenapa saya MC sebulan lebih??well, saya kena bedah...yap, bedah buang batu karang dan pundi hempedu...nama saintifik pembedahan itu ialah Open Cholecystectomy...sebab saya kena buat pembedahan ini ialah kerana Mirizzi Syndrome Type II..

Maksud Mirizzi Syndrome menurut wikipedia -Mirizzi's syndrome is a rare complication in which a gallstone becomes impacted in the cystic duct or neck of the gallbladder causing compression of the common bile duct (CBD) or common hepatic duct, resulting in obstruction and jaundice. The obstructive jaundice can be caused by direct extrinsic compression by the stone or from fibrosis caused by chronic cholecystitis (inflammation). A cholecystocholedochal fistula can occur.

Pembedahan dilakukan pada 11/4/2013...itu pun setelah dibuat ultrasound pada 5/4/2013 dan ERCP pada 5/4/2013, 7/4/2013 dan 9/4/2013.. setelah gagal ERCP sebanyak 3 kali, doktor buat MRCP...barulah nampak kedudukan batu karang tersebut...ada 2 batu...satu di mulut pundi hempedu dan satu lagi di saluran hati...

Macam mana saya tau ada batu dalam hempedu?
Secara jujurnya, memang saya tak tau akan kewujudan batu tersebut...memang scan tak pernah nampak...mungkin sebab tak pernah sakit yang merujuk kepada batu karang...simptom yang saya rasa adalah sakit seperti gastrik yang merebak ke tulang belakang dan kurang selera makan...selain itu, disebabkan salah satu batu menghalang saluran hati, saya menjadi kuning...mata kuning, kulit kuning, najis berwarna putih dan air kencing keruh seperti warna teh...

Saya duduk di wad selama 10 hari...itupun doktor nak tahan lagi sbb masih kuning tapi saya nak balik...rindu kat anak2...sepanjang penginapan saya di wad, anak2 dara saya dijaga oleh mak dan abah dan ateh...anak teruna saya ja duduk dengan cikmah 24/7...tapi bila balik ke rumah, hanya boleh tengok ja anak teruna...tak boleh nak angkat dukung...menitik juga lah air mata...

Selepas seminggu saya kembali ke wad kerana demam...duduk 3 hari 2 malam...seminggu lepas tu kembali lagi ke wad untuk ERCP kali ke-4...kali ni doktor jumpa ketumbuhan dalam usus...mujur bukan kanser...hanya ulser...keputusan dapat lepas seminggu...

Berbeza dengan c-sec, pembedahan kali ni dia tak gam...cuma di 'staple'...misi buang 'staple' masa saya masuk wad kali ke-2 sebab demam...sakit jugak masa buang...isi dah lekat ke 'staple'...ada 18 bilah semuanya...panjang luka pembedahan lebih kurang 15cm iaitu sepanjang pembaris pendek...

Lepas ni saya dah tak boleh makan lemak2, minyak2...KFC kena kurangkan...makanan yang ber'cheese' kena kurangkan...huhuhu...semua tu faveret kot...mungkin sebab tu saya jadi camni...

Apapun, kenalah ingat...sakit dan penyakit adalah ujian daripada Allah...seperti kata adik saya, "Angah kena muhasabah diri..."

Saya perlu lebih berusaha untuk jadi hamba Allah yang solehah....ameen