Klik! Klik! Klik!

Sunday, August 28, 2011

Raya oh Raya...

Maaflah yer...takda cerita pasal puasa, tetiba jer nak cerita pasal raya...maklumlah dah lama tak menulis...bukan pasal tak sempat tapi pasal takda mood...sekarang ni bolehlah nak menulis sikit...

Cerita pasal puasa, inilah kali pertama aku dan keluarga berpuasa di rumah sendiri...tahun lepas pun puasa sendiri tapi di rumah mak (mak di Penang, abah di KL)..penat la jugak rasa bila balik kerja nak kena masak untu berbuka...tapi, alhamdulillah...suami ku bukanlah seorang yang cerewet pasal makan memandangkan aku pun bukannya pandai sangat nak masak...menu biasa kami ialah nasi, 1 @ 2 jenis lauk, buah kurma dan air...kadang2 tak masak pun nasi...suami keluar pi beli murtabak...memang simple...kalu nak makan yang lain sikit, ajaklah en.suami balik umah mak...itu pun kadang-kadang...aku jerlah yang selalu balik buka puasa umah mak..sebabnya suami keja shif..jadi bila syif petang, dia takda...

Cerita pasal raya pulak...hmmm....agak sedih la tahun ni...seperti tahun-tahun yang lepas, mak abah akan balik rumah nenek untuk berhari raya...tahun ni semua balik rumah nenek kecuali aku...mak, abah, along sefamily, yaim dgn liyana, acik dan ateh...aku juga yang tak boleh nak balik...sebabnya en.suami kena bertugas di malam raya...huk huk huk...apakan daya...terima lah dengan hati terbuka...

Walau apapun kisahnya, aku gembira kerana Allah masih memberikan aku peluang untuk meraikan Ramadhan dan Syawal tahun ini...semoga tahun depan masih bernyawa untuk menyambutnya lagi...amin

Dah Bersawang....

Dah lama sangat tak menulis dalam blog ni. Macam-macam yang dah berlaku dalam hidup ku selama ini. Antaranya:

1) Tanggal 21 Julai 2011, berubahlah status bondaku daripada pekerja kerajaan kepada pesara kerajaan. Dapatlah mak dan abah tinggal sebumbung setelah hampir 2 tahun tinggal berasingan. Semoga mak dan abah lebih bahagia dan gembira...amin.

2) Pada 13 Ogos 2011, genaplah usia perkahwinanku 6 tahun. Baru 6 tahun. Masih dalam peringkat bulan madu...hehehe... Semoga rumahtangga ku lebih bahagia dan diberkati oleh Allah hendaknya..amin.

3) Hasil temujanji Huda pada 25 Ogos 2011, maka aku dan suami dah buat keputusan untuk membenarkan Huda dibedah bagi membuang tonsilnya. Pembedahan dijadualkan pada 25 September 2011. Semoga dengan pembedahan ini, Huda akan lebih sihat dan tidur lebih lena...amin.

Banyak lagi yang berlaku tapi tak semua boleh nak ditulis di sini...jumpa lagi nanti...