Klik! Klik! Klik!

Tuesday, April 24, 2012

Wedding Cake...

Kek2 ni dibuat oleh kak syima from cupcakeswithlove...saja copy gambar sebab ingat nak pilih antara kek2 ni utk kenduri kawin bulan 8 nanti...ini untuk design jer...jenis keknya nanti nak kena kompom dengan empunya kenduri dan suara ramai...penat jer kalu oder kek yang orang tak makan...betul dak??

So, along, abang, acik, ateh dan adik silalah komen design kek mana yang lebih menarik serta jenis kek yang diinginkan...insya Allah, kalu xda aral melintang, ai akan sponsor kek ni...kalu ai tak boleh, ai akan cari sponsor yang lain...hehehe

design 1


design 2






design 3


design 4





design 5 - Red Velvet Cake

design 6

p/s: jika ada design lain yang rasa2nya lebih menarik, sila bagitau yer....hehehe

Sedapnya makan kek...

Terima kasih pada kak Syima @ Cupcakes with love yang buat kek untuk saya...siap delivery lagi kat opis...walaupun silap saiz (saya oder yg kecik jer, dapat yg besar) tapi aiman tak kisah la...tak rugi rasanya try kek red velvet tu...marveles sangat...dengan kak Syima ni saya dah tempah 5 jenis kek...first try, saya oder chocolate moist kek untuk suami...buat surprise sempena Hari Bapa...

kek utk en.suami..delivey ke hospital

2nd kek saya oder kek besday Hassya...tak ingat kek apa tapi deko fondant..tak berapa minat sangat...tak rekomen utk oder lagi sebab anak2 tak makan...

kek besday Hassya..

Kek seterusnya untuk makan2...snickers ciskek...manis sangat cam tuan yang buat...tapi abis jugak..tak rekomen utk dioder lagi...huhuhu

snickers ciskek makan-makan...manis sangat...

Kek ni pun untuk makan2...blueberry ciskek...yang ni oder banyak mana pun kompom abis...hehehe...yang besar tu buat utk makan2 kat opis...yang kecik satu bawa balik rumah...satu bagi kat adik angkat...tapi sekarang taktau mana hilang adik angkat tu...walau kat mana dia berada, semoga Allah melindunginya dan berikan dia yang terbaik sama ada di dunia ataupun di akhirat...amin

ciskek ibu dan anak2...

Latest oder, tak ingat bila tapi rasanya untuk makan2 sebab adik Haida ada kat rumah...kek Red Velvet dan blueberry ciskek (kek yang memang sure akan habis)...

Red Velvet Cake
Blueberry Cheesecake
Tengah memikirkan nak oder kek apa untuk hadiah kawin adik bongsu bulan 8 ni...nak kena tempah awal tapi itulah...tak pikir lagi....

Long Time No See...

It has been a long time since I last wrote here...so many things have happened and I don't know where to start...

The reason I write in English is because I have just finished my 5 days English Course and I feel that I really really need to brush up on my writing skills. I have no difficulty in understanding the language but the writing part and the communication part, I have some problem. We really need to learn English. At least, we can understand and use the language if we need to.

But unfortunately, right now I don't have any desire to write. Either in English or in Malay. So, I guess I'll see you next time. Take a good care of yourself and have a nice day.

Tuesday, March 6, 2012

Kereta oh kereta...


Kelmarin dulu (maksudnya dua hari lepas la) berlaku satu kejadian yang agak mencemaskan...cemas sebab aku sorang2 masa tu...kereta bunyi takmau diam depan pejabat orang...aku kol en. suami dia tak angkat sebab dia kerja syif malam so sedang tidur la time tu...last sekali aku kol adik ipar aku minta dia bagitau suami dia...mujurla tempat kerja biras aku tu dekat ja...sat ja dia dah sampai kat kereta...so, apalagi, cabut kepala bateri la jawabnya...dekat setengah jam jugak la duk tengah panas...pastu baru en. suami kol aku balik...bising jugakla dia sebab buka kepala bateri...nak buat cemana...dah taktau nak buat apa...nampaknya aku kena belajaq camana nak handle sendiri kereta wira tu kalu jadi lagi macam ni...sebabnya aku yang guna kereta tu untuk kerja...

Lepas abis kerja aku balik bawa kereta wira...en. suami follow kat belakang dengan kereta dia...sampai kat hiway kereta tu dah sengguk2....last2 kena parking tepi jalan hiway...cuak aku...sebabnya time tu lori banyak giler...besar2 bagak pula lori2 tu....maklumlah lori kontena ke sempadan Siam...nasib baik en. suami ada sama...en. suami kol member dia untuk tunda kereta tu balik rumah...mujurlah ada kawan bawa towtruck...kalu tak, mahal la nak kena bayar...

Sampai rumah, en. suami mulakan operasi untuk mengenal pasti masalah sebenar kereta tu...aku pulak pinjam kereta abah untuk ambil anak2...mujurlah abah ada kereta lain yang boleh dipinjam...balik dari ambil anak2, aku tengok en. suami tengah pulun buat kerja...anak aku yang kecik kira nak tolong sama...abah pegang spanar, dia pun amik spanar...abah pegang skrudrebar, dia pun sama...pendek kata, apa yang abah buat, dia pun nak buat...abis hitam baju dengan minyak...nampak macam anak aku yang sorang ni suka benda2 teknikal camni....

Setelah en. suami puas membelek kereta tu, akhirnya dia bagitau yang rosak adalah alternator....

ni rupa alternator tu...
Alternator ini berfungsi seperti generator elektrik yang menjana dan membekalkan tenaga elektrik dalam kenderaan...antara tanda altenator ada masalah ialah enjin kereta susah nak hidup dan lampu depan malap...

Sekarang ni kereta ada kat bengkel member en. suami...alang2 nak tukaq bateri dengan alternator, kena la check wiring sekali...pastu kena pi buat allignment dengan balancing...manyak ringgit la jugak tu....huhuhu....nak buat cemana...dah nak guna....

Tuesday, February 14, 2012

Ampun...

Di sini saya nak kongsikan sedikit tentang kesalahan besar yang sering kita lakukan sebagai seorang isteri...kesalahan ni nampak ja kecil tapi sebenarnya besar yang boleh membawa kepada NUSYUZ...Kita selalu beritahu suami bukannya minta izin suami untuk keluar daripada rumah...walaupun tujuan kita betul nak keluar rumah pi tengok mak abah atau memenuhi undangan kenduri dan sebagainya...namun, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...


Resipi Hidup bersama Suzana Ghazali: Keluar rumah: minta izin atau beritahu suami?:

"Hukum syarak menetapkan seorang isteri perlu mendapatkan izin suami untuk melakukan apa juga tindakan dan perbuatan termasuk untuk keluar daripada rumah walaupun untuk bekerja, ke pasar atau tika berdepan dengan kes-kes kecemasan. Diriwayatkan pada zaman Rasulullah SAW, seorang isteri diberikan pengiktirafan oleh baginda Rasul kerana tahap ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada si suami. Menurut riwayat, si suami terlibat dalam perang berjihad ke jalan Allah.

Dalam tempoh tersebut, si isteri yang ditinggalkan di rumah didatangi seorang saudaranya daripada kampung mengkhabarkan tentang ayahnya yang sakit tenat. Si isteri hanya menjawab: “Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.” Tak lama, saudara tadi berjumpa sekali lagi dengan si isteri, mengkhabarkan ayahnya telah meninggal dunia. Si isteri masih berikan jawapan yang sama: “Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.” Tidak lama, si suami pulang daripada berjuang. Si isteri memberikan sepenuh layanan kepada si suami termasuk layanan intimasi. Bila yakin si suami mendapat layanan sebaiknya, barulah si isteri mengkhabarkan berita tentang ayahnya. Saya yakin, anda boleh baca tentang kisah ini dalam banyak buku panduan wanita dan isteri solehah.

Dalam konteks perbincangan kali ini, kisah ini adalah sebagai panduan betapa seorang isteri perlukan izin daripada suami dalam setiap perkara hatta kes kecemasan sekalipun. Memang itu kehendak hukum syarak, bukan kata saya atau kata alim ulamak lainnya. Dapatkan izin ya dan bukan beritahu. Terdapat perbezaan yang besar antara dapatkan izin dan beritahu. Kalau anda beritahu dan suami tak izinkan, anda tak boleh lakukan perkara yang anda hajati tersebut. Lantaran, bagi memudahkan urusan dalam kehidupan seharian, saya selalu praktikkan meminta izin daripada suami secara umum: Saya mohon izin untuk keluar rumah bekerja dan lakukan perkara-perkara yang penting dan perlu untuk keperluan diri dan keluarga. Bukan bererti dengan izin umum tersebut, tak perlu lagi izin suami. Masih perlu tetapi izin umum tersebut jika dalam keadaan suami tiada di depan mata saya atau sukar nak hubungi suami.

Namun, dalam zaman serba mudah dan canggih ini, tiada erti susah dan sukar nak dapatkan izin suami. Sekelip mata, anda boleh maklumkan dan dapatkan izin suami. Paling penting, perancangan awal. Jangan pulak dah janji dulu dengan kawan kemudian baru minta izin dan cakap pulak, dah janji dengan kawan. Itu ertinya memaksa suami bagi izin. Kalau izin dalam keadaan terpaksa, sama lah seperti izin tanpa rela dan redha suami. Jika terjadi apa-apa kesan daripada izin terpaksa tersebut, anda boleh dinobatkan sebagai isteri nusyuz.

Walaupun begitu, terdapat pengecualian di dalam perkara tertentu iaitu hal keganasan rumahtangga, tika membelanjakan wang hasil pendapatan sendiri dan hal-hal keselamatan. Jika anda adalah mangsa keganasan rumahtangga, sering dipukul dan dibelasah oleh suami, tak perlulah dapatkan izin suami untuk keluar rumah nak buat aduan ke balai polis dan dapatkan pemeriksaan perubatan. Janganlah lurus bendul pulak. Jika anda adalah mangsa keganasan dan anda mula bimbang dengan keselamatan diri anda dan anak-anak, anda boleh keluar daripada rumah walau tanpa pengetahuan atau izin suami tetapi pastikan anda buat aduan ke balai polis berhampiran dahulu. Nyatakan tujuan anda keluar kerana bimbangkan keselamatan diri anda dan anak (jika ada) disebabkan tindakan suami yang bertindak membahayakan keselamatan dan nyawa anda. Kemudian, buat aduan ke pejabat agama pula. Ingat!! Hanya yang membahayakan keselamatan. Jangan merajuk ja dah keluar rumah kemudian buat laporan polis.

Dalam membelanjakan hasil pendapatan sendiri, tak perlukan izin suami tetapi suami boleh memantau dan campurtangan jika perbelanjaan yang dibuat bukanlah perbelanjaan yang perlu dan wajar menurut syarak. Dalam kes keselamatan berkaitan penyakit atau kelahiran, jika doktor mengesahkan anda perlu lakukan sesuatu demi keselamatan nyawa anda tetapi suami tidak izinkan, tika ini anda boleh mengenepikan izin suami. Dengan syarat, membahayakan nyawa. Bukannya kemaslahatan sosial atau kewangan ya...Perkahwinan adalah perkongsian, hormatilah pasangan anda dengan dapatkan izin untuk lakukan sesuatu, bukan hanya izin suami tetapi juga izin dan beritahu isteri... kerana isteri berhak ke atas anda, sama seperti anda juga berhak ke atas isteri anda..."

(Pn. Suzana Ghazali merupakan *Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie *Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita, Dilema Perkahwinan Pa&Ma dan Cermin Diri Kosmo! *Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan *Panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro *Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998)-daripada blog beliau http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/

Wednesday, February 8, 2012

Mengai....

sekadar hiasan



Mengai @ memancing adalah antara hobi en. suami...untuk pengetahuan semua, en. suami ada banyak hobi..antaranya tangkap gambaq, mengai, audio kereta, deejay rumah kenduri dan beberapa lagi...tapi dalam banyak2 hobi, hobi mengai ni rasanya paling banyak modal yang telah dilaburkan...mana taknya, rod mengai ada dekat 10...mesin mengai pun dekat 10...toolbox utk mengai ada 2...tak masuk lagi barang2 haluih yang diperlukan untuk aktiviti mengai ni macam mata kail, batu ladung dan sebagainya...pendek kata, apa saja yang diperlukan oleh seorang pemancing tegar semuanya telah dimiliki oleh en. suami...

Untuk makluman, aku sama sekali tidak pernah mengongkong atau membantah apa sahaja hobi en. suami...sebab apa?? sebab aku sayangkan dia...cuma satu ja yang aku minta...selesaikan dulu urusan yang melibatkan keluarga atau sediakan dulu keperluan keluarga...lepas tu baru lah boleh bagi tumpuan pada hobi...satu lagi, masa tu kalu boleh luangkanlah jugak untuk keluarga...jangan abiskan masa untuk hobi semata2...hahahah...kata tak kongkong, tapi banyak pulak bebelnya...

Aku sebenarnya nak cerita pasal trip mengai terbaru en. suami...sebelum2 ni, en. suami pi mengai di kolam, di parit kat rumah Pulau Nyioq...abis jauh pun pi trip dekat area2 Pulau Langkawi...tapi kali ni lain...dia pi mengai di Laut China Selatan di perairan negeri Terengganu...trip kali ni dia tak bagitau kat aku...dia kata dia lupa...sebabnya dia kata dia dah booking dari tahun lepas...aku tau pun sebab dia ajak pi teman dia buat border pass...aku bising la jugak...sebab apa dia tak bagitau masa dia buat booking tu...tapi nak marah2 pun tak guna...dia tetap akan pi...so, Jumaat malam tu aku siapkanlah barang2 yang dia nak bawa...tapi aku susun ja...dia yang packing masuk beg...pagi Sabtu (21/1/2012) pukul 9.30 pagi kawan dia mai amik dia...depa pi ke Kelantan melalui Siam...sebab tu buat border pass...aku risau la jugak sebab masuk Siam...tapi tawakal jerlah...minta Allah lindung perjalanan depa semua...dia sampai di Kelantan dah petang...tido kat homestay...dari jeti di Kelantan (aku tak ingat nama tempat tu) depa naik bot pi mengai kat perairan Terengganu...sepanjang kat sana, dia takleh nak kol atau sms aku sebab line takda...risau hati ni Allah ja yang tau...mujurlah keluarga dekat...selama ketiadaan en. suami, aku berkampung di rumah mak abah...hari Rabu (25/1/2012), en. suami pulang membawa hasil tangkapan...banyak la jugak...macam2 ikan ada...

Hari Khamis (28/1/2012), kami bawa ikan2 tu pi restoran suruh depa masak...aku dengan keluarga mertua ku semua ada berhimpun untuk makan...penuh meja jugak lah dengan makanan...tapi mahal jugaklah kat restoran tu...bawa ikan sendiri untuk buat stim, goreng n sweetsour, pastu oder teluq dadar, sayuq kailan ikan masin, tomyam dengan nasi untuk 9 orang makan...minum ayaq oren...semua sekali RM120...mujuqlah, adik ipaq yg bayaq...hehehe

Tapi, alhamdulillah...dapat jugak bersama2 dengan keluarga mertua...

adik Hassya makan sendiri

semangat en. suami makan hasil tangkapannya

Sakit Mata (sambungan....)

cian makteh

Inilah rupa makteh sekarang ni (7/2/2012) sebab sakit mata...makteh bukan pejam tau...mata makteh bengkak...mata sebelah kanan memang takleh buka langsung...mata sebelah kiri boleh buka sikit jer...ujian untuk makteh...nasib baik bukan time exam...kemarin Hana tanya "awat makteh makan nasi pejam mata?"...cemana nak jawab soalan tu?hehehe...

Sabar yer makteh...semoga Allah memberi pengampunan atas dosa2 makteh dengan kesabaran makteh menghadapi ujian ini...amin ya Rabb...

entry pasal makteh sebelum ni...di sini