Klik! Klik! Klik!

Wednesday, December 14, 2011

Kulim Lagi.......

Bermula 15/11/2011 menjalankan tugas di Kulim...sehinggalah ke hari ni 14/12/2011, tugas di Kulim belum selesai lagi...ingatkan minggu ni dah last..rupa-rupanya belum lagi...minggu depan ada lagi seminggu...minggu ni lain sikit sebab Huda dan Hana mai Kulim dengan abah depa...tinggal Hassya kat rumah Cikmah...tak boleh nak bawa semua sebab abah sorang ja...depa mai petang...mama pagi Isnin tu dah start keja di Kulim...mama ingat lepas siap keja di Kulim ni mama nak amik cuti 2-3 hari...duduk dengan anak2 mama...insya allah bawa pi jalan2 Penang ka...apapun, minta sihat dan semoga rezki lebih...amin

Untuk anak2 mama: Sabarlah yer sayang...mama kerja...nanti mama balik duduk dengan anak2 mama...

Untuk abah: Mama minta maaf sebab tak boleh nak bersama abah sepanjang masa...tugas mama kali ini memerlukan kita berjauhan untuk seketika....insya Allah, lepas kerja di Kulim ni, mama tak keluar outstation sampai hujung tahun depan pulak...insya Allah...

Sunday, December 4, 2011

Kulim oh Kulim...

Dah 2 minggu menjalankan tugas di Kulim...minggu lepas tak pi sebab kena selesaikan tugas di pejabat memandangkan minggu ni ada audit dalam yang akan masuk...esok bermula balik kerja di Kulim...hasil perbincangan dengan penyelia, rupanya banyak lagi perkara yang belum dilihat..jadi banyak lagi la kerja yang nak kena buat...sebelum ni pi Kulim hanya untuk 3 hari 2 malam...esok kena pi 4 hari 3 malam...kesian kat anak2..

Mak dengan ateh tanya kenapa lama sangat pi Kulim??sememangnya kalu ikut kerja angah memang sebulan di pejabat auditi...tapi sebelum2 ni semua pejabat auditi area Alor Setar ja..so tak terasa la sebab ulang alik macam pi pejabat...tapi bila kena buat kerja di Kulim, terasa la sikit sebab kena stay sana...anak2 pun terasa, mak abah cikmah n ateh pun terasa...en.suami pun terasa ketiadaan aku...tapi nak buat camna...dah kerja camtu...kena bagi biasalah...kalu dak berhenti ja kerja audit ni...

Kalu dah kerja audit, memang kena keluaq pi pejabat auditi...semua seksyen sama...bezanya pi lama atau sat dan tempat pejabat auditi tu jauh atau dekat...tu ja...tapi keluaq tetap kena keluaq...tak kiralah gred apa...semua sama...tapi yang jadi masalah bagi sesetengah seksyen tu, gred bawah ja yang kena keluaq...gred yang atas2 ni nak duk dalam pejabat ja...tapi kalu pi kursus best2, depa ja yang nak pi...kalu keluaq report best2, depa ja nak nama...takleh la camtu...kena la tolong anak2 buah buat kerja...semua makan gaji...nasib baiklah gred atas aku ok...walaupun dia tak ikut kami pi buat kerja, tapi dia memberi bantuan dan tunjuk ajar...selain tu, dia pun tak susahkan kita...boleh cover kita kalu kita ada masalah...syukur alhamdulillah...

Buat anak2, sabar yer...bulan ni ja mama pi Kulim...lepas ni lama la mama tak keluaq pi mana2...

Buat mak abah n ateh, terima kasih sebab sudi jaga anak2 angah waktu malam...

Buat suami tercinta, diharap dapat menerima kerja ku ini...

Tuesday, November 29, 2011

New Addition To The Family...

(Entry yang tertangguh...)
Birthday abah 19 November 2011...hadiah birthday abah tahun ni ialah cucu girl dari anak lelaki tunggalnya...kelahiran yang penuh dugaan dan cabaran namun berakhir dengan selamat...alhamdulillah syukur pada Allah...

Segalanya bermula pada hari Isnin 14 November 2011 selepas pertemuan dengan doktor pakar di Hospital Kangar..daripada scan yang telah dibuat, doktor mendapati baby dalam kandungan agak besar iaitu 3.4 kg pada usia 37 minggu...doktor telah menyarankan agar Yana admit wad untuk proses induce kerana doktor tak mau tunggu sehingga 40 minggu...namun pada hari Isnin tersebut, mak abah dan ateh dalam perjalanan ke KL untuk menghantar acik dan Am balik ke Mesir..aku pulak terpaksa ke Kulim atas urusan kerja...hasil perbincangan, Yana buat keputusan untuk minta reference letter bagi membolehkannya admit wad di Hospital Sg. Buloh...malam tu juga mereka bertolak ke Shah Alam...hari Jumaat Yana admit wad bagi membolehkan proses induce dijalankan...selama 2 hari Yana menanggung kesakitan...semua resah dan gelisah menunggu saat kelahiran...paling gelisah of course lah adikku Yaim memandangkan ini anak sulung mereka...aku di rumah tertanya-tanya dah bersalin ke belum...jam 4 pagi 21 November, mak mesej kata Yana dah selamat melahirkan baby girl..aku ingatkan bersalin normal kerana dah 2 hari induce...rupa-rupanya Yana ke ceasar...mungkin sebab baby dah tunjuk tanda-tanda distress...nak buat macam mana...dah itu ketentuanNya...apapun, aku bersyukur kerana mama dan baby sihat dan selamat...

Inilah wajah baby kesayangan Yaim dan Yana serta ahli keluarga terbaru keluarga Haji Kamaludin dan Norsiah...semoga dengan kelahirannya menambahkan lagi keceriaan dan rezeki kami...amin ya Rabb...

KHAIRINA IRDINA BINTI MUHAMMAD KAMALHAMDY
ibu dengan baby

ayah dengan baby


Monday, November 14, 2011

Menanti hari esok....

Sepatutnya hari ini, aku dah sampai Kulim untuk menjalankan tugasan luar..tapi terpaksa ditangguhkan sebab seorang ahli kumpulan cuti..so, esok baru akan ke Kulim sehingga hari Khamis ni..hari ini juga, mak abah dan ateh dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk hantar acik dgn Mukram balik Mesir...mungkin hari ni, depa akan transit di Sabak Bernam dulu untuk melawat saudara mara di sana...lepas tu baru ke Kuala Lumpur...hari ni juga, adik ipar saya (satu2nya adik ipar perempuan) akan balik ke Shah Alam...perjalanan yang dijadualkan pada hari Sabtu ini terpaksa diawalkan apabila doktor pakar Hospital Kangar bimbang dengan kandungan yang dijangka agak besar...maka, impian Liyana untuk bersalin di Hospital Sg Buloh akan tercapai...insya Allah...walau kat mana sekali pun, Yana bersalin, angah doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya...tiada yang lebih penting daripada ibu dan anak yang sihat dengan kelahiran yang sempurna...amin...


Bagi mak, abah n ateh: SEMOGA SELAMAT PERGI DAN BALIK...INSYA ALLAH, TIADA APA YANG AKAN BERLAKU SEPANJANG KETIADAAN KALIAN DI SINI...ANGAH, ABENGAH DAN ANAK2 MENANTI DENGAN SABAR KEPULANGAN SEMUA....

Buat Yana & Yaim: SEMOGA PERJALANAN SENTIASA DILINDUNGI OLEH ALLAH DAN SEMOGA KELAHIRAN BABY NANTI DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI....ANGAH SEKELUARGA MENANTIKAN KELAHIRAN BABY YANG SIHAT DAN SEMPURNA...AMIN

Buat acik n pakcik: SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE MESIR DENGAN PERJALANAN YANG LANCAR...SEMOGA BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN YANG BARU DAN DAPAT MENGHABISKAN PENGAJIAN DENGAN CEMERLANG...AMIN

YA ALLAH YA TUHANKU, JAUHKANLAH MALAPETAKA DARIPADA MELANDA KELUARGAKU DAN SEMUA...SESUNGGUHNYA, ENGKAULAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI....AMIN YA RABB....

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".

Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


Thursday, November 3, 2011

Tadika oh Tadika...

Susahnya cari tadika nak hantar Huda dan Hana...kalu ikut hati nak saja hantar ke tadika swasta yang sekali dengan nursery tu...tapi tak mampu...sekarang ni suami tengah melihat2 tadika yang ada...pilihan sekarang sama ada tadika KEMAS atau PASTI...hmmmm


hanya sebagai hiasan - sumber google

hanya sebagai hiasan - sumber google


Cikmah dan Cikmah...

Aku ada dua Cikmah...dan kedua2 mereka memberi kesan yang besar dalam hidupku...

Cikmah rambut panjang aka Noormah Bajuri merupakan mak saudara ku iaitu adik kepada ibu ku...kenapa Cikmah yang ni bermakna padaku? Kerana selama 3 tahun aku menumpang kasih sayang, perhatian, kehidupan dan semua dengannya...aku seorang yang tidak pernah berjauhan dari keluarga...aku berhenti dari pengajian ijazah sarjana kerana aku terpaksa berjauhan dari keluarga...namun, ketika mendapat kerja sebagai kakitangan kerajaan, aku terpaksa melaporkan diri di Putrajaya dan ditempatkan di sana...berbelah bagi perasaan ku...apatah lagi ketika itu aku baru sahaja 2 bulan mendirikan rumahtangga...namun atas nasihat semua aku terima jawatan itu dan pada 3 Oktober 2005, bermulalah kehidupan ku bersama Cikmah dan jauh daripada suami tercinta...aku banyak terhutang budi pada Cikmah sekeluarga...terima kasih Cikmah....semoga Allah memberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik kepada Cikmah...amin ya Rabb...

Cikmah rambut pendek aka Siti Fatimah Musa merupakan seorang 'ibu' padaku...dia tidak punyai apa2 talian darah dengan ku namun kehadirannya amat bermakna pada ku...Cikmah merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga ku dan adik2ku selama ini...dan sekarang Cikmah bertanggungjawab menjaga anak2 ku...aku amat bersyukur pada Mu ya Allah kerana membawa Cikmah dalam kehidupanku...Cikmah banyak berjasa kepada keluargaku...pengaruh Cikmah terlalu banyak dalam diri ku...cuma dari segi rajin tu ja yang tak turun pada ku...hehehe...Cikmah seorang yang penyabar walaupun cenge...Cikmah seorang yang rajin tapi sangat2 pemalu...Cikmah berkongsi tarikh lahir dengan along iaitu pada 30 Disember...selama 31 tahun aku mengenali Cikmah dan aku sangat2 menyayanginya walaupun jarang aku tunjuk...doa ku semoga Cikmah sentiasa sihat dan gembira dan bahagia sehingga akhir hayat...amin ya Rabb...


Cikmah @ Siti Fatimah Musa & Cikmah @ Noormah Bajuri - ihsan fb kakya



Wedding.....

Tanggal 29 Oktober 2011, berakhirlah penantian acik...acik selamat diijabkabulkan...alhamdulillah...segala yang dirancang berjalan dengan lancar walaupun persiapan hanya dalam masa sebulan...sedikit ralat bila adik takda...tapi gembira sebab cikmah ada...

Syukur pada Allah yang memudahkan majlis...bermula jam 10 pg di masjid bagi upacara akad nikah sehinggalah selesai kenduri...cuma diganggu oleh hujan yang turun secara tiba2 dan berhenti juga secara tiba2...aku diberi kepercayaan oleh suami untuk mengambil gambar manakala dia membuat rakaman video...kesudahannya, satu gambar pun takda muka aku...ramai tetamu yang datang termasuk rakan2 opis...terima kasih pada semua...

Tahun ni agak istimewa sebab berlangsung dua kenduri...satu di awal tahun dan satu lagi di hujung tahun...apapun, aku doakan kedua2 orang adikku bahagia bersama pasangan masing2...amin ya rabb

Syukur juga pada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik kepada kedua ibubapa ku dan memudahkan segala urusan sepanjang membuat persiapan kenduri ini...walaupun masa yang terhad, aku lihat mak abah gembira dan tidak stress...mungkin juga sebab acik banyak membantu dan ateh yang menghiburkan mereka...syukur alhamdulillah...
Doaku pada acik dan Mukram:

'Semoga kalian berdua gembira dan bahagia bersama serta lebih tenang dalam menghadapi kehidupan...semoga kalian berdua dapat menghabiskan pelajaran dengan cemerlang dan hidup bahagia hingga ke syurga...amin ya Rabbal a'lamin...'

Hantaran hasil kerastangan acik -ihsan fb kakya
acik dan mak tersayang - ihsan fb kakya
semasa majlis akad nikah - ihsan fb suami
makan beradap - ihsan fb suami
pasangan pengantin awal tahun - ihsan fb yana

Thursday, October 27, 2011

Sampai bilakah....??

Banyak perkara yang bermain di fikiran sejak kebelakangan ini. Banyak soalan yang perlu dijawab. Bukan mempersoalkan takdir cuma berfikir macam mana nak ubah kehidupan sekarang. Yang dah lepas dah tak boleh nak buat apa. Yang kita boleh buat ialah merancang sekarang untuk kehidupan akan datang.

Antara persolan yang bermain di fikiran:
1) Bila nak sambung study?
    Keinginan nak belajaq tu ada tapi kekangan kewangan tu rasanya terlalu besar. Aku pernah bagitau suami "kita dah senang sgt dulu sebab tu sekarang kita susah...". Tapi rasanya sesusah aku ni ada lagi orang lain yang lebih susah...

2) Camana nak tambah pendapatan keluarga?
     Sekarang ni aku rasa kalu tak boleh nak tambah pendapatan, aku kena kurangkan perbelanjaan. Tapi aku taktau nak buat camna.
3) Bila nak tambah zuriat?
    Kalu ikutkan hati ni memang nak sangat2 mengandung lagi tapi rasanya belum mampu lagi nak mendidik anak2 jadi insan2 soleh dan solehah. Lagipun rasanya keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk mengandung lagi.

4) Bila nak beli rumah sendiri dan dimana?
    Dah banyak rumah aku survey tapi taktau nak pilih yang mana. Nak yang murah tapi jauh. Ada yang murah suami plak tak mau. Lagi satu kalu beli rumah nak kena ada duit sikit sebab nak kena bayar deposit dan duit lawyer. So, taktau la bila bleh beli rumah.

Apapun soalannya, jawapan tu ada. Cuma aku kena cari dan jangan sesekali lupa pada Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu...




Sunday, October 2, 2011

Semoga kakak Huda lebih sihat...

Penantian untuk menjalani pembedahan tonsil telah berakhir...Huda telah selamat menjalani pembedahan tersebut pada 26 September lalu...pembedahan yang ditangguhkan ke bulan Disember dapat juga dilakukan hasil usaha suami...apapun, terima kasih Allah kerana mengizinkan pembedahan ini dijalankan...

Temujanji pada 22 September dengan pakar EnT memaklumkan bahawa Huda akan dibedah pada 26 September...Huda diminta daftar masuk wad petang 22 September itu juga...namun, atas kebenaran doktor, Huda dibenarkan untuk pulang 'bercuti'...menurut jururawat yang bertugas, hanya pesakit di Wad 6A sahaja dibenarkan berbuat demikian...ini kerana, pesakit di wad tersebut merupakan pesakit yang stabil...apa yang aku lihat, kebanyakan pesakit di wad 6A adalah pesakit dibawah pemerhatian doktor Ortho dan EnT...Huda dikehendaki datang semula ke wad pada hari Sabtu jam 8 malam...

Hari Jumaat dan Sabtu, aku berusaha mengemaskan rumah sebaik mungkin memandangkan aku akan menjaga Huda di hospital...Hana dan Hassya akan ditinggalkan bersama keluarga ku...malam pertama suami ku menjaga Huda di wad memandangkan aku perlu ke pejabat terlebih dahulu bagi mengisi borang cuti...


tengah buat keja sekolah...konon la...
abah dengan Huda

Pagi Ahad, dari pejabat aku terus ke hospital bagi membolehkan suamiku pulang...seharian di wad, Huda kebosanan memandangkan dia sihat dan boleh bermain...hasil perbincangan dengan pakar bius, pembedahan akan dijalankan seperti yang dijadualkan...tapi malam itu, aku susah hati...Huda demam...seandainya demam tak kebah juga pagi Isnin, pembedahan yang dijadualkan akan ditangguhkan...ohh tidak!! semalaman aku tidur tak lena...ku jelum badan Huda sentiasa supaya demamnya hilang...alhamdulillah...menjelang pagi, Huda dah tak demam lagi...

budak demam

Pagi Isnin itu, Huda dikehendaki berpuasa bermula jam 12 tgh malam...mujurlah dia bangun lambat dan pembedahannya dijadualkan jam 9 pagi...tepat jam 9 pagi, Huda ditolak ke dewan bedah...suami menemani di dalam...sepanjang tempoh pembedahan, hati tak putus2 berdoa agar semuanya berjalan lancar..jam 10 pagi Huda tak keluar lagi...aku dah susah hati...mesej dari suami bagitau Huda belum sedar lagi...10.30 pagi suami panggil suruh masuk...Huda menangis dan tak mau buka mata...puas la jugak aku pujuk supaya dia diam dan bertenang...hampir jam 11 barulah Huda ditolak balik ke wad...bermulalah episod sukar...puas dipujuk barulah Huda makan aiskrim...mungkin sebab ubat bius tu, sepetang dia tidur...malam tu barulah dia bangun...tapi asyik merengek kesakitan...makan aiskrim pun tak abis...makan dadih pun tak abis...dengan bantuan ubat, malam tu Huda tidur dengan lena walaupun demam...pagi Selasa, doktor yang melawat bagitau Huda tak boleh balik lagi sebab demam...terpaksalah aku menyambung cuti sehari lagi...pagi tu Huda makan koteow sup...lega hati tengok dia mau makan...hari Rabu, Huda dah semakin sihat...dah tak merengek sakit...cuma aku tengok batuknya saja yang makin menjadi2...mungkin sebab ais batu yang ku berikan kepadanya untuk dikulum...petang Rabu Huda dah dibenarkan pulang...lega hati boleh tengok Hana dan Hassya...


Semoga dengan pembedahan yang telah dibuat ini, kakak Faezatul Huda akan lebih sihat dan tidak lagi diserang demam dan sawan... amin ya Rabb...

Huda tonsil gred 3
-Ihsan google-

Thursday, September 15, 2011

Dugaan Demi Dugaan....

Hari ni baru 15 September tapi dah macam-macam dugaan yang mendatang...semuanya melibatkan masalah kesihatan anak-anak...dari yang sulung hinggalah yang bongsu...mungkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang atau musim angin bertukar arah...tapi sememangnya ramai anak-anak yang tidak sihat...

Bermula pada 9 September, jam 6.45 pagi mama dapat panggilan telefon daripada nenek Piah..."Faezah, Huda tarik..." terkejut mama...mujurlah pagi tu mama bangun awal sebab abah kerja syif pagi...mama telefon abah suruh dia balik pi tengok Huda...jam 7 pagi, nenek bagitau yang pakcik dah bawa Huda ke hospital..mama dengan Hana dan Hassya terus ke hospital...mujurlah masa jadi tu Huda tidur dengan makngah dia...dia tau apa nak buat...sampai kat hospital, mama terus pi tengok Huda...Huda masih tak berapa aware dengan keadaan sekeliling dia...dia tak menangis...hanya menggigil kesejukan...masa MA yang merawat Huda cucuk untuk ambil darah pun dia hanya menangis sekejap saja...Huda takmau nak cakap...tapi alhamdulillah, dia faham arahan dan memberi reaksi...tak lama kemudian, ateh dan acik pun sampai...mak dan abah pun sampai...Yaim pun singgah tengok Huda sebelum pi opis...doktor yang bertugas bagitau Huda kena masuk wad...jam 8.35 pagi, Huda ditempatkan di Wad kanak-kanak katil K1...mujur dapat katil panjang...bolehla mama tumpang duduk...

Suhu badan Huda tak menentu...kejap demam, kejap dak...seharian hari Jumaat tu Huda dipasang dengan drip air...7 botol semuanya sampai pagi Sabtu...kerap la Huda berulang pi tandas..seksa la jugak mama nak angkat Huda turun naik katil hospital yang tinggi tu...malam pertama dan kedua tidur agak terganggu dengan nyamuk...malam ketiga minta abah bawa ubat nyamuk elektrik...kurang la sikit nyamuk...ingat hari Ahad dah boleh balik tapi doktor tak bagi balik sebab Huda demam malam...kena la tahan untuk satu malam lagi...alhamdulillah, sepanjang di hospital tiada masalah...tiada apa-apa kejadian yang berlaku...darah Huda pun doktor kata ok..

Tapi kesian kat anak-anak di rumah...hari Jumaat petang, Hassya duduk di rumah Cikmah..Hana tidur dengan abahnya di rumah...hari Sabtu, Hana dan Hassya pulak yang demam...mama susah hati sangat-sangat tapi terpaksa mengharapkan makteh, makcik, nenek dan kakikwan untuk jaga Hana dengan Hassya...terima kasih buat keluarga yang banyak-banyak membantu...

Hari Isnin, Huda dah boleh balik...makngah ambil ajak pi rumah dia...pagi hari Selasa, mama pulak rasa tak sihat...perut memulas-mulas dan asyik ulang alik ke tandas...pagi tu juga mama ajak abah pi hospital untuk check semua...Hassya kena ambil darah...Hana dapat ubat saja...mama dapat MC...petang Selasa makngah hantar Huda balik...malam tu tidur di rumah nenek dan kakikwan sebab abah kerja syif malam...hari Rabu mama masuk kerja macam biasa...dengan harapan anak-anak semua sihat sejahtera...kakak Huda tak pi sekolah...pukul 10 pagi, mama dapat call daripada nenek bagitau Huda muntah-muntah...hati dah tak sedap...tengah hari tu mama balik tengok kakak Huda tidur..pukul 2 lebih bawa kakak Huda dan Hana pi hospital...selama tunggu giliran nak jumpa doktor kakak Huda dah berak 2 kali...mujur dah tak muntah...doktor suruh ambil darah...kakak Hana menangis meraung-raung tak bagi misi ambil darah dia...perangai brutal tapi penakut...sampai ke sudah tak boleh nak ambil darah Hana...doktor cuma bagi ubat...Huda doktor suruh ke hospital besar untuk pemeriksaan lanjut...sampai di hospital besar dah lewat...kena ke unit kecemasan...tunggu giliran punyalah lama...doktor cuma check 5 minit ja...pastu bagi ORS...sakitnya hati...sakit hati kat doktor di hospital lama sebab suruh refer kat hospital besar...penat sangat...malam tu semua tidur lena sebab keletihan....

Hari ini, mama tak dapat apa-apa call daripada makcik, makteh, nenek ataupun kakikwan...mama harap semuanya sihat...amin

Sunday, August 28, 2011

Raya oh Raya...

Maaflah yer...takda cerita pasal puasa, tetiba jer nak cerita pasal raya...maklumlah dah lama tak menulis...bukan pasal tak sempat tapi pasal takda mood...sekarang ni bolehlah nak menulis sikit...

Cerita pasal puasa, inilah kali pertama aku dan keluarga berpuasa di rumah sendiri...tahun lepas pun puasa sendiri tapi di rumah mak (mak di Penang, abah di KL)..penat la jugak rasa bila balik kerja nak kena masak untu berbuka...tapi, alhamdulillah...suami ku bukanlah seorang yang cerewet pasal makan memandangkan aku pun bukannya pandai sangat nak masak...menu biasa kami ialah nasi, 1 @ 2 jenis lauk, buah kurma dan air...kadang2 tak masak pun nasi...suami keluar pi beli murtabak...memang simple...kalu nak makan yang lain sikit, ajaklah en.suami balik umah mak...itu pun kadang-kadang...aku jerlah yang selalu balik buka puasa umah mak..sebabnya suami keja shif..jadi bila syif petang, dia takda...

Cerita pasal raya pulak...hmmm....agak sedih la tahun ni...seperti tahun-tahun yang lepas, mak abah akan balik rumah nenek untuk berhari raya...tahun ni semua balik rumah nenek kecuali aku...mak, abah, along sefamily, yaim dgn liyana, acik dan ateh...aku juga yang tak boleh nak balik...sebabnya en.suami kena bertugas di malam raya...huk huk huk...apakan daya...terima lah dengan hati terbuka...

Walau apapun kisahnya, aku gembira kerana Allah masih memberikan aku peluang untuk meraikan Ramadhan dan Syawal tahun ini...semoga tahun depan masih bernyawa untuk menyambutnya lagi...amin

Dah Bersawang....

Dah lama sangat tak menulis dalam blog ni. Macam-macam yang dah berlaku dalam hidup ku selama ini. Antaranya:

1) Tanggal 21 Julai 2011, berubahlah status bondaku daripada pekerja kerajaan kepada pesara kerajaan. Dapatlah mak dan abah tinggal sebumbung setelah hampir 2 tahun tinggal berasingan. Semoga mak dan abah lebih bahagia dan gembira...amin.

2) Pada 13 Ogos 2011, genaplah usia perkahwinanku 6 tahun. Baru 6 tahun. Masih dalam peringkat bulan madu...hehehe... Semoga rumahtangga ku lebih bahagia dan diberkati oleh Allah hendaknya..amin.

3) Hasil temujanji Huda pada 25 Ogos 2011, maka aku dan suami dah buat keputusan untuk membenarkan Huda dibedah bagi membuang tonsilnya. Pembedahan dijadualkan pada 25 September 2011. Semoga dengan pembedahan ini, Huda akan lebih sihat dan tidur lebih lena...amin.

Banyak lagi yang berlaku tapi tak semua boleh nak ditulis di sini...jumpa lagi nanti...

Thursday, June 23, 2011

Nak kurus tapi malas...

Macam2 ubat ada di pasaran sekarang ni untuk kurus...macam2 testimoni ada...semuanya nampak promising...tapi apakah ia betul2 berkesan??rasanya semuanya bergantung kepada diri kita sendiri...kalu kita konsisten dan betul2 berazam, insya allah...tak makan ubat apa-apapun boleh kurus...tapi saya ni tak termasuk dalam golongan yang saya sebut tadi...saya ni teringin jer tapi usaha dan kesungguhan tu takda...rasanya memang dah bertahun azam nak kurus...setakat la ni makin mengembang lagi ada...

Cemana yer??saya nak kurus...hukhukhuk

Kekurangan Zat Besi

Hari Isnin aritu bawa kakak Huda pi hospital lama...dah Huda miss appoinment minggu lepas sebab periksa...hari Isnin tu bawa la Hudapi..lagipun tadika cuti hari tu...sampai kat hospital nasib baik orang dah tak ramai...kejap jer dapat masuk jumpa doktor...tapi yang jadi lambat pasal nak amik result darah Huda...lama la tunggu...

Dapat jumpa doktor lelaki yang baik...dia terangkan yang Huda memang ada masalah anemia...mungkin juga pembawa Thalasemia...tapi untuk kompom penyakit Thalasemia kena buat ujian DNA...doktor tu kata tak perlu buat lagi...dia bagi ubat untuk tambah darah dan kena buat ujian darah sekali lagi...dua bulan lagi untuk appoinment pulak...so, bulan 8 nanti Huda ada dua appoinment...EnT dengan darah...bulan 9 pulak appoinment mama...takleh la nak amik cuti sesuka hati sebab kena spare cuti untuk anak2...

Sekarang ni mama tengah fikir perlu dak bawa anak2 mama yang lain untuk ujian darah...abah sendiri pun tak buat lagi ujian darah...asyik bertangguh ja...kalu anak2 bleh la mama heret pi klinik...ni ABAH anak2...kena la pi sendiri...

Doakanla semoga mama, abah dan anak2 semua sihat...amin

Tuesday, June 14, 2011

Appoinment Lagi...

Esok sepatutnya appoinment kakak Huda kat hospital lama tapi terpaksa ditangguhkan sebab kakak Huda tengah periksa...tak caya??yer...kakak Huda periksa kat tadika...hari Ahad nenek telefon bagitau Huda nak periksa...suruh beli pensel kaler dgn pensel...mama minta tolong makteh belikan...kakak Hana pulak jeles...dia pun nak jugak...mama taktau la camna nak ajaq anak2 mama sayang benda...habis barang2 semua rosak...

Ish...mama dah menyimpang daripada tajuk asal...hehehe....berbalik kepada appoinment tu, dah sebab kakak Huda periksa mama minta abah ubah tarikh...mungkin minggu depan la kot baru pi...minta2 la result darah dia dah ok...kesian sangat kat kakak Huda asyik kena amik darah ja...mama doakan kakak Huda sihat sentiasa...amin

Thursday, June 9, 2011

Demam...

Pening la dengan kakak Hana..mama taktau nak buat cemana...dah lama demam tapi tak bagi jelum kepala...nak tempek 'cool fever' pun takmau...harap makan ubat jer...mana boleh nak makan ubat selalu sangat...paling kerap pun 4 jam sekali...malam tadi paling tinggi suhu 39 darjah celsius...masa dia tido tu mama ingat bleh la jelum kepala dia...hmmm...baru jer kena ayaq tu kat kepala terus bangun...kata sejuk la...basah la...macam2...mama tido malam tadi tak lena...ajak Hana tido dengan mama dalam bilik...bila terjaga jer pegang badan dia...sejuk ker panas...tengok nafas ok dak...bukan apa takut jadi macam kakak Huda...itu yang mama risau...pagi tadi rasa badan tu dah kurang panas...insya Allah, duduk dengan kakikwan dan makteh sihat la tu...demam rindu kakikwan kot...

Wednesday, June 8, 2011

sakit oh sakit...

seminggu dua ni memang minggu sakit...start daripada 30/5 sampai hari ni anak2 bergilir2 sakit...yang batuk la, yang demam la...semua ada...hari isnin mama cuti sebab kakak Huda demam...arini kakak Hana pulak demam....tapi hari ni mama tak cuti la sebab baru sangat cuti...lagipun cuti dah tak banyak...kadang kesian jugak kat anak2 sebab layanan mama tak sama...bila kakak Huda demam mama cuti, bila anak2 lain demam mama tak cuti...bukan niat mama nak bezakan anak2 tapi kakak Huda takda orang nak jaga macam kakak Hana dan adik Hassya...kakak Hana dan adik Hassya ada cikmah...kakak Huda takda sapa...mama sayang semua anak2 mama...mama akan cuba bagi perhatian seadilnya pada semua...insya Allah...

Sunday, June 5, 2011

Cikmah oh Cikmah....

Hari ni macam2 hal la pulak...semalam Cikmah tepon minta cuti 2 hari sebab nak jaga Cikmi..so, saya bincang la dgn en.suami macamana...hari ni ok la...en.suami sanggup untuk menjaga anak2 memandangkan dia masih cuti...tiba2 masa kat opis dapat kol daripada en.suami..dengarlah suara kakak Huda nangis2 kata sakit kepala...ah sudah!! kakak Huda kalu kata sakit kepala selalunya akan diikuti dengan demam dan apabila demam kemungkinan untuk berlaku 'tarik' ada...saya pun apalagi, kalutlah bgtau opismate nak balik rumah jap tgk Huda...sampai jer di rumah, kakak Huda saja yang belum mandi...anak2 yang lain tengah makan roti dengan abahnya...bagi mandi kakak Huda, bagi makan ubat, maka saya pun kembali ke opis...en.suami pulak dapat kol daripada sepupu minta tolong punggah balai dan angkat kerusi meja kat rumah kenduri...terpaksalah en.suami bawa semua anak2 dengan dia...Hassya dah tertido dan Hana pun dah ngantuk...janganlah semua buat perangai sudahla...

Masa balik rumah tadi, sembang dengan en.suami pasal esok..sapa nak jaga anak2...saya pun try la kol Cikmah dengan harapan Cikmah boleh mai esok...tapi hampa...Cikmah kata Cik Omar (suami Cikmi) pun tak sihat...rasanya terpaksalah saya mengambil cuti esok hari...en.suami pun dah start keja esok...

Susahnya lah bila jadi macam ni...mula lah rasa nak antaq ja kat nursery...sure dah nursery tu takkan minta cuti...tapi kesian la pulak kat Cikmah...nanti dia takda pendapatan...uhuk uhuk uhuk...ku di dalam dilema....

Sunday, May 29, 2011

Penatnya rasa...

Rasa menyesal sangat ambil cuti hari Khamis aritu (26/05/2011)..ingatkan lama jumpa doktor EnT...tapi sat saja...doktor tu tak check apapun...cuma tanya kakak Huda makan ubat dak, amik ubat hidung dak...tu ja...pastu tanya nak operate ker dak...ish ish ish...at least puan doktor check la dulu keadaan anak saya tu..baru la tanya nak operate ker dak...tapi saya amik jugaklah tarikh untuk operate..29 September 2011...lepas raya...sekarang ni tengah fikir nak bawa Huda pi check kat mana nak minta 'second opinion'...nak check betul ker tonsil dia mmg bengkak...nak tanya perlu ker dak pembedahan tu dilakukan dan risiko yang ada semasa dan selepas pembedahan...tanya dekat doktor kerajaan ni macam duk kata lah...bukannya nak layan sangat...nasib dapat doktor yang baik mau la dia jawab semua soalan kita...satu lagi saya nak tanya pasal masalah darah Huda...mungkinkah dia boleh dapat talasemia sedangkan saya dan en.suami bukan pembawa talasemia....hmmmm...kena karang soalan ni bila nak bawa Huda pi check nanti...takut lupa... 

Wednesday, May 25, 2011

Temujanji lagi..

Esok (26/5/2011), temujanji kakak Huda di Hospital Sultanah Bahiyah dengan doktor EnT. Rasa berdebar2 dan risau bila memikirkan temujanji ini. Persoalan yang bermain di fikiran 'wajarkah kakak Huda menjalani pembedahan tonsil?'...

Jika difikirkan, ada dua perkara yang memerlukan pembedahan tonsil ini dilakukan:
1) kakak Huda kerap demam sejak kebelakangan ini dan bila demam kemungkinan untuk 'tarik' tu ada.
2) kakak Huda bernafas ikut mulut ketika tidur. Adakah ini disebabkan oleh tonsil @ masalah hidung? Kemungkinan berlaku apnea itu ada.

Bila tanya en.suami, en.suami tanya balik kat kita "mama rasa macam mana?"...

Rasanya esok kena ajak en.suami pi sekali untuk temujanji ni. Biar dua2 orang puas hati mendengar penjelasan doktor. Apa saja keputusannya akan diberitu kelak..insya Allah

Sunday, May 22, 2011

Huda oh Huda...

Tanggal 19 Mei 2011, genaplah usia kakak Faezatul Huda 5 tahun. Banyak dugaan yang ditempuhi oleh kakak Huda sehari sebelum sambutan hari lahirnya. 18 Mei 2011 ada temujanji kakak Huda yang kesekian kalinya di Klinik Kesihatan Bandar (hospital lama). Dan untuk kesekian kalinya juga kakak Huda perlu merelakan darahnya diambil. Dari dalam bilik doktor lagi kakak Huda dah menangis. Mungkin sebab memikirkan pengalaman sebelumnya yang agak menyakitkan. Ditambah pula dengan keletihan menunggu giliran. Seawal jam 7.45 pagi kami telah berada di klinik namun hanya dapat berjumpa dengan doktor jam 10 pagi. Kagum melihat jururawat memujuk kakak Huda untuk membenarkan darahnya diambil. Terima kasih wahai puan jururawat. Selesai ambil darah, doktor menetapkan tarikh untuk temujanji berikutnya. Sebulan dari sekarang. Hasil perbincangan dengan doktor, kakak Huda mempunyai masalah di dalam darhnya namun hasil pemeriksaan yang telah dilakukan belum dapat mengenalpasti punca dan jenis masalah tersebut. Selagi belum dapat dipastikan masalah darah kakak Huda, selagi itulah kakak Huda perlu membenarkan jururawat mengambil darahnya.

Selesai semuanya, kami bergerak untuk pulang ke rumah. Saya tidak bercadang untuk cuti hari tersebut memandangkan hari Khamis minggu berikutnya saya akan bercuti untuk membawa kakak Huda ke temujanji EnT. Namun begitu, lain yang dirancang, lain jadinya. Kakak Huda muntah dalam kereta dan mula membuat perangai. Akhirnya, demi anak tersayang, saya sms untuk memaklumkan yang saya EL hari tu. Nak jadi cerita, malamnya pula kakak Huda mengalami keracunan makanan. Kakak Huda cirit birit dan muntah sehingga jam 2 pagi. Mujurlah hanya keracunan makanan dan kakak Huda kembali cergas untuk menyambut hari ulangtahun kelahirannya keesokan hari.

Pada hari tersebut (19 Mei 2011), mama tak pergi kerja kerana keadaan diri yang agak pusing akibat berjaga malam bersama kakak Huda. So, pagi tu mama bersama anak2 ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Telinga adik Hassya cikmah dan kakikwan kata busuk. Sah! Doktor kata ada jangkitan. Doktor bagi ubat titik dan ubat makan. Kakak Huda dapat ubat cirit, muntah dan angin. Kakak Hana dapat ubat kahak. Mama dapat ubat senak dan angin. Jumlah kesemua RM53. Habis di klinik pergi ke kedai untuk beli kek. Kakak Huda nak kek macam abah. Kek aiskrim mocha. Habis lagi RM50. Sesak juga la sementara nak menunggu gaji. Insya Allah, rezki anak2 ada...amin

kek besday kakak Huda

Esoknya, hari Jumaat (20 Mei 2011), ibu mertuaku telah buat kenduri makan2 untuk cucu kesayangannya. Menu hari tu ialah nasi putih, masak lemak udang dan nenas, somtam, ikan goreng, sambal belacan dan ulam timun. Menu yang sangat marveles terutamanya somtam. Memang feveret. Malam tu kakak Huda tak balik dengan mama abah dan adik2. Kakak Huda nak tido sana sebab Makngah ada.

Sempena ulangtahun kelahiran kakak Huda yang ke 5 ini, doa dan harapan mama agar:
1) kakak Huda menjadi anak yang SOLEHAH.
2) kakak Huda menjadi cucu yang SOLEHAH.
3) kakak Huda menjadi kakak MITHALI.
4) kakak Huda menjadi pelajar TERBAIK.
5) kakak Huda menjadi hamba Allah yang BERIMAN dan BERTAKWA.

Dan yang paling penting mama berdoa agar kakak Huda diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk berbakti kepada keluarga, agama dan bangsa..

Amin ya RABB....
Besday girl

Sunday, April 24, 2011

Jalan-jalan Pantai Merdeka-Tanjung Dawai

Sambungan dari aktiviti jalan-jalan ke Pulau Pinang...boleh baca di sini...(walaupun entry ni agak ketinggalan zaman...hehehe)

Pada 2 April 2011, genaplah usia perkahwinan Tuan Haji Kamaludin b. Ismail dan Puan Norsiah bt. Bajuri 33 tahun...sambutan telah diadakan di Pantai Merdeka dimana ibunda dan ayahanda telah menempah bilik penginapan untuk semua anak menantu cucu...tapi apakan daya...suami ku tak dapat turut serta...dah 2 tahun berturut-turut sambutan hari keluarga tanpa suamiku...tahun lepas kat Pulau Pinang...apapun, alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...tanpa hujan yang boleh mengugat aktiviti anak-anak...

Dari Pulau Pinang, kami bertolak dengan menaiki dua buah kereta...abah bawa Citra, abelong bawa BLM...sampai di Pantai Merdeka, yaim tunggu di sana...yaim bertolak dari Jitra dengan isteri tercinta...abah amik chalet dua bilik sebanyak dua buah...aku dan anak-anak kongsi dengan yaim dan ateh...mak abah dengan along...

Sampai saja di bilik, anak-anak dah teruja dengan kolam renang...dah tak sabar nak mandi...apa lagi, aktiviti meniup 2 biji pelampung dan sebiji bola memandang takda pam angin...penat wooo.....

Setelah puas mandi manda di kolam (gambar takda sebab tak bawa tepon), anak-anak disuruh tidur tapi takmau...so, aktiviti menaiki bot ke Tanjung Dawai...mak takmau pi sebab takmau naik bot...so, abah pun tak pi sebab teman mak...makanya, adik Hassya pun tak pi kena tinggal dengan kakikwan dan nenek...

kakak Huda

abelong, mamalong dan Adib Akhyar

abang Aniq yang sungguh 'excited'

paman Yaim dan bibik Yana

seronoknya kakak Huda

Baru perasan, takda gambar makteh, asyraf dan hana...

Sampai Tanjung Dawai takda beli apapun...beli mainan kat anak-anak saja...balik dari Tanjung Dawai, singgah makan di medan selera kat Pantai Merdeka tu...Hana mengundang marah semua orang...mama taktau nak cakap apa dah....huhuhu...

Malam tu, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta bacaan Yassin....selesai semua, sesi hadiah dan bermain...gambar mama tak ambil...boleh tengok dalam facebook makteh...

Buat bonda Norsiah dan ayahanda Kamaludin tercinta, semoga kekal bahagia ke akhir hayat dan semoga dipanjang usia serta diberikan Allah kesihatan yang baik untuk terus bersama anak-anak menantu-menantu dan cucu-cucu...amin ya Rabb....

Sembelit

Agak menakutkan apabila google pasal sembelit dikalangan bayi...macam2 yang boleh berlaku kalu dibiarkan sembelit ini berterusan..boleh baca di sini pasal sembelit pada bayi yang ditulis oleh Dr. Hamid Arshat, pakar sakit puan..

Hassya mengalami masalah sembelit yang agak ketara...pada usia setahun enam bulan, kalu nak buang air besar memang akan menangis meraung-raung...biasanya memang saya akan bawa dia mencangkung dalam tandas untuk membantu dia meneran...macam2 cara dah buat...bagi minum air banyak2, kurangkan sukatan susu formula, bagi makan buah-buahan...tapi semua tu macam sementara sahaja...apapun mama akan terus usaha untuk mengatasi masalah sembelit pada adik Hassya sebab taknak perkara ni berlarutan dan menjadi lebih mudarat...

Petua baru yang mama dapat hasil carian di google ialah bancuh secamca madu dengan segelas air dan bagi minum...insya allah, mama akan cuba...

Anemia

Bulan 3 aritu bawa Huda pi klinik sebab dia demam (boleh baca di sini)..kena amik darah sebab doktor takut ada virus yang buat dia demam..bila check darah, doktor kata Huda anemia...huh??so, doktor bagi ubat multivitamin n ubat demam n ubat antibiotik..nak bagi makan multivitamin, takut nanti selera makan dia bertambah..so, bagi la sikit2..doktor set tarikh bulan 4 untuk jumpa lagi...so, minggu lepas en. suami telah bawa Huda pi klinik untuk temujanji doktor..check darah tgk ada lagi anemia...amik darah sekali lagi...nak review pulak bulan 5 ni...shian kakak Huda...boleh kata tiap2 bulan temujanji doktor..bulan 5 ni 2 temujanji...satu untuk darah, satu lagi untuk tonsil...minta2 la bulan 5 ni memberikan berita yang baik dan menggembirakan..amin...

Kalu nak tau pasal anemia sila klik di sini...lepas ni kena bagi Huda makan daging n sayuran hijau banyak2...

Thursday, April 7, 2011

Hari untuk berjalan-jalan

Hari Ini Dalam Sejarah...

Hari Jumaat 1/4/2011 merupakan hari berjalan-jalan bagi mama n anak-anak n mamalong n anak-anak n makteh...perjalanan bermula jam 12.30 tgh hari dari Jitra ke Shahab Perdana...abah Zaidi pi hantaq dengan kereta...abah Zaidi tak bleh nak ikut sebab kena kerja shif malam...uhuk uhuk uhuk...

Sampai kat Shahab terus beli tiket bas untuk ke Butterworth, Pulau Pinang...naik bas konsortium...tiket ditanggung oleh mamalong....perjalanan mengambil masa 2 jam...mujur anak-anak mau tidur...Hassya start tidur dari rumah Jitra hingga ke Butterworth...lega mama...hehehe

Kakak Huda n Hana yg excited dapat naik bas

abang Asyraf yang best

adik Hassya yang tidur lena...

Sampai Butterworth naik feri ke Penang...sekali lagi tambang ditanggung oleh mamalong...tima kasih mamalong...i love u...hehehe....naik jer feri kakak Hana kata, "mama, ayaq laut busuk la..."

adik Hassya yang ceria

abang Adib tengah posing

kakak Huda

makteh yg sporting

main2 atas feri
Turun dari feri, kakikwan mai amik...singgah makan kat KFC sebelum balik rumah mamalong...malam tu anak2 tido keletihan...pengalaman yang best sangat...tima kasih buat mamalong n makteh...

Tuesday, April 5, 2011

29 Mac - Birthday Hana

Anak mama Durratul Hana binti Mohamed Zaidi dah cukup 3 tahun pada 29 Mac yang lalu...kelahiran kakak Hana memberi mama banyak pengalaman dan kenangan...
1) Masa mengandung kakak Hana, mama dapat penyakit diabetes yang tak teruk...cuma kena buat BSP sebulan sekali...alhamdulillah, masa mengandung saja ada diabetes...
2) Dua minggu sebelum kelahiran kakak Hana, mama kena demam campak yang besar2 gitu...kesannya sampai sekarang sebab tangan mama gatal duk garu....huhuhu huduhnya...kakak Huda pun kena sebab jangkit dari mama...
3) Kelahiran kakak Hana 'dipaksa' sebab mama kena 'induce'...alhamdulillah, abah Zaidi ada untuk teman mama sepanjang proses kelahiran...mmmuah...
4) Lebih kurang umur kakak Hana 2 bulan, atuk Ghazali telah kembali ke rahmatullah di Hospital Penang (20/5/2008)...tak sempat kakak Hana kenal atuk...
5) Mama dapat bertukar dari Putrajaya ke Kedah setelah 3 tahun duduk 'bujang' jauh dari abah n kakak Huda...lepas cuti 2 bulan mama terus lapor diri di pejabat Alor Setar...syukur alhamdulillah...
6) Kakak Hana cepat berjalan...umur 10 bulan dah boleh menapak...tapi mulut berat sangat...umur setahun lebih tak boleh bercakap lagi...tapi sekarang ni ka....hmmmm...penat mama nak melayan soalan2 kakak Hana tu...


1st kek
Kek birthday kakak Hana yang mama beli sampai balik lambat...cian kat cikmah...sori cikmah sebab tak habaq awal-awal kata balik lambat sikit...mama nak beli kek vanila ada kacang kat tepi tapi kakak Hana tak suka kacang...so, mama beli la kek coklat yang ada cokelat 'rice' kat tepi....

2nd kek
Ni kek aiskrim yang di 'order' oleh abah Zaidi (walaupun besday abah belum lagi)....abah Zaidi nak kek aiskrim jagung tapi takda...so mama beli kek aiskrim moccha...my feveret jugak la...

Sambutan besday kakak Hana tak happening sangat sebab tak ramai orang...ada mama, abah, kakak Huda n adik Hassya saja...kakikwan balik lambat...malam tu, abah Zaidi beli nasi ayam untuk makan malam...jadilah yer...sambutan yang ala kadar...asalkan anak2 gumbira....

Durratul Hana buat pis

Doa dan harapan mama semoga Durratul Hana menjadi seorang anak yang solehah, adik yang baik kepada kakak Huda, kakak yang baik kepada adik Hassya, cucu yang baik kepada nenek Saupiah, nenek Norsiah n kakikwan Din...semoga anak mama ini dipanjang umur dan diberikan kesihatan yang baik serta menjadi seorang anak yang mendengar kata mama n abah...mama bersyukur kerana masih dipanjangkan usia untuk menikmati hidup ini bersama anak-anak mama semua...semoga Allah makbulkan doa mama ini...amin ya Rabb...

Wednesday, March 30, 2011

Peringatan untuk diri sendiri yang punyai banyak kelemahan dan kekurangan...

Melayari blog along dan kengkawan along spt blog kak hamizah dan kak dinoor banyak memberi pengetahuan dan peringatan kepada ku dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini...memberi peringatan kepada ku agar lebih menghargai segala yang telah dipinjamkan olehNya kepada ku...sesungguh aku punyai banyak kelemahan sebagai seorang hambaNya...ujian yang diberikan olehNya kepadaku hanyalah sedikit berbanding orang lain dan seharusnya aku lebih bersyukur dan belajar menginsafi diri...

Kata-kata kak dinoor di dalam blognya memberi kesan dalam diri ku...ku copy disini...semoga kak dinoor tak keberatan...

Sebagai isteri, bersyukurlah dengan suami yang Allah ciptakan untuk kita. Sedikit kelemahan yang wujud, padamkanlah dengan kelebihan yang menggunung. Jangan hanya melihat salah suami tanpa menyedari salah diri sendiri terhadap si suami. Lelaki selalunya malas berbicara, tapi bukan bermakna jiwa mereka tidak terseksa dengan sikap dan perangai kita yang berkala. Kadang-kadang suka, kadang-kadang duka. Menuntut itu dan ini yang luar dari biasa dan jauh dari kemampuan si suami. Berilah mereka luang untuk menyayangi dengan seikhlas hati lantas kita sendiri haruslah menghargai apa yang mereka lakukan kepada kita dan anak-anak . Menghargai bukan bererti membalas jasa mereka dengan material semata, tetapi taat, bermanis muka, berlemah lembut bila berbicara, mendengar kata dan yang paling penting mendoakan mereka. Yakinlah mereka akan memberi dan menyayangi serta menghargai kita dan anak-anak dengan segala kemampuan yang mereka ada. Ingatlah,

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi

join lucky draw

 
 
semoga saya bertuah...amin
 
 

Perginya seorang insan yang amat disayangi...

Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita akan kembali...

Pagi tadi jam 5.00 pagi dapat khabar berita yang amat menyedihkan...Mak Jang @ Hajah Puteh binti Ismail telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 4.00 pagi akibat komplikasi jantung...

Rasa luluh hati mendengar khabar tersebut...arwah sememangnya mempunyai masalah kesihatan...sejak sebulan lalu asyik keluar masuk wad...namun tak sangka secepat ini Allah akan menjemputnya...

Semoga keluarga dan semua bersabar atas pemergiannya dan berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan-kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah...

Al-Fatihah

Monday, March 28, 2011

Cara betul masak mee segera

Tengah browsing internet terjumpa satu blog yang amat berguna...banyak panduan berguna yang boleh diambil dan digunapakai dalam kehidupan seharian...
Antara panduan yang diberikan ialah cara masak mee segera dengan betul...

1) Masak air sehingga mendidih...dah didih masukkan mee segera...bila dah kembang toskan air dan buang air tersebut...ini kerana, setiap helaian mee segera disalut oleh satu lapisan 'lilin' untuk membuatkannya tahan lama...air tersebut mengandungi 'lilin' yang telah cair itu...

2) Masak air sehingga mendidih...dah didih masukkan semula mee segera yang dah dimasak tadi...tutup api...

3) Masukkan perencah mee segera ketika air masih panas dan kacau...jangan masukkan perencah ketika api masih dinyalakan kerana MSG yang ada dalam perencah tersebut akan menjadi toksik akibat suhu air yang mendidih...

Begitulah cara terbaik nak masak mee segera untuk menjaga kesihatan kita bersama...apapun, jangan amalkan makan mee segera yer...hehehe

Ihsan internet

Kebaikan Air Kosong

Semua tahu akan kebaikan minum air kosong @ air masak @ air mati...namun begitu tak ramai yang mengamalkannya...bagi saya, memang minum air kosong banyak baiknya...antaranya dapat melawaskan pembuangan air besar...alhamdulillah, saya takda masalah sembelit yang ketara...cuma masa dalam pantang anak no.3 ja alami sembelit...seksa...tapi mungkin disebabkan ubat yang dimakan...

Di bawah ni saya copy dari sini untuk bacaan kita bersama..

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value.

Method of treatment

1. As you wake up in the morning before brushing teeth , drink 4 x 160ml glasses of water …..interesting
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes
3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.  

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases: 1. High Blood Pressure – 30 days
2. Gastric – 10 days
3. Diabetes – 30 days
4. Constipation – 10 days
5. Cancer – 180 days
6. TB – 90 days
7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily.


This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. 
Ihsan internet

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.  
It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.
Once this “sludge” reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.


Bisul Hassya...

Kenapa dengan kepala Hassya ni??banyak sangat bisul...kalu orang tua2 kata biji sawan..dah banyak minggu tak hilang lagi...risau...dah 2 kali pi amik ubat...sekarang ni takda la banyak sangat yang naik dan takda la teruk sangat tapi mama rasa tak boleh biaq...mama check dalam tenet...kisah bisul:

1-Bisul tak de kena mengena dengan keturunan.

2-Bisul boleh membesar,berlarutan dan bertambah teruk jika tidak diubati.

3-Bisul adalah jangkitan kuman dan ia boleh berjangkit melalui sentuhan ,biasanya dari tangan yang menggaru kepada orang lain yang disentuhnya.

4-Bisul boleh tumbuh dimana mana yang ada liang roma.

5-Bisul adalah jangkitan kuman bakteria pada liang rerambut/rambut/roma yang tersumbat oleh habuk dan rembesan peluh/minyak badan.Ianya biasa berlaku dikawasan kulit yang banyak berpeluh/berminyak terutamanya bahagian kepala,belakang badan,ketiak dan bahagian kemaluan.

Bisul biasanya menyebabkan kawasan jangkitan menjadi kemerahan,gatal,pedih dan boleh bertukar menjadi nanah,jika digaru ia akan pecah mengeluarkan nanah atau cecair mengandungi bakteria.

Biasanya bisul merebak melalui sentuhan tangan yang telah dicemari cecair bisul yang berbakteria.

Cara terbaik ialah mengambil rawatan antibiotik sama ada secara sapuan jika bisul masih pada peringkat awal ataupun antibiotik oral jika telah bernanah dan banyak.Kesan penyembuhan akan berlaku dalam tempoh 3-5 hari.
Patutlah bisul adik tak lega...mama n cikmah tak bagi antibiotik ikut aturan...sian anak mama....

bisul yang mula-mula pecah

bisul paling besar tapi sekarang dah surut elok

tinggal bisul kecil kat dahi dan belakang telinga

Petang ni kita pi jumpa Dr. Nasir dan mama janji bagi adik makan ubat dengan betul ikut aturan....Insya Allah...

Sunday, March 13, 2011

ustaz azhar idrus - gaji seorang isteri



kalu tak suruh buat tak wajib buat...kalu suruh baru jadi wajib...kalu nak suruh buat kena sedia peralatan...kalu tak mampu sedia peralatan kena sama-sama tolong buat la...

Allah masih panjangkan usiaku...

Huhuhu....bawa kereta tadi, aku terlelap....
nasib baik beb...nasib baik tak berlaku kejadian yang tak diingini...
along pernah eksiden sebab terlelap...tapi nasib baik bukan kereta tengah bergerak...berhenti lampu isyarat...abis gak la beberapa ratus bayar kat si mangsa...
alhamdulillah, aku tak jadi camtu dan Allah masih panjangkan usiaku....

Tuesday, March 8, 2011

Dua minggu yang sibuk...

Dah lama tak update blog...dua minggu ni betul-betul sibuk...minggu lepas ada di KL dari hari Isnin hingga Jumaat (28/2-4/3)...minggu ni ada di Nilai dari hari Ahad sampai Rabu (6/3-9/3)...esok dah nak balik...tak sabarnya...

Kesian kat anak-anak sebenarnya...tapi dah kerja...nak buat camana...dah dibayar gaji untuk bekerja...pergi KL sebab buat audit...tidor di Pearls International Hotel...best sebab dah lama tak pergi outstation..hehehe...sekarang kat Nilai sebab kursus...

Nak citer detail...nantilah yer...

Sunday, February 27, 2011

SAMAN oh SAMAN...

Berita yang tak menggembirakan..semua sibuk menge'check' saman masing-masing...maklumlah tarikh untuk dapat diskaun saman dah hampir tiba (last 28/2/2011)...aku pun check la jugak..waaa!! ada 2 saman atas nama ku...kedua2 untuk kereta wira ku...tapi yang pastinya bukan aku yang bawa...so,en.suami tolong setelkan saman-saman ini yer...terbang duit rm300...speeding punyer pasal...

p/s: lain kali bawak keta ikut speed limit...peringatan untuk diri sendiri yang suka bawa keta laju-laju...

Thursday, February 24, 2011

Keutamaan Taubat

Peringatan buat diri sendiri dan semua...

Keutamaan Taubat

Kucing takda..tikus menjadi raja...

Tajuk macam best jer...hehehe...nak cerita pasal aktiviti di opis sepanjang minggu ni...minggu ni merupakan minggu terakhir bos berkerja sebab dia bersara pilihan...minggu ni jugak ada event di Langkawi yang melibatkan semua pegawai-pegawai atasan...so, seminggu ni memang tinggal anak-anak bilis jer di opis...sunyi sepi opis...

Hari ni buat makan-makan di opis...masing-masing bawak lauk sorang sikit...nasi jer masak kat opis...macam-macam lauk ada...ada sambal sotong, gulai ikan (2 tuan), ayam goreng, pecal, ulam-ulaman dan sambal belacan, sardin, telur goreng ros (aku punyer ler tu...), ikan goreng n telur masin...apalagi yer...hah...paling best pulut dengan serawa durian (walaupun aku suka durian tapi aku tak reti makan pulut durian...*wink*)

Hari ni pulak balik awal, rasanya memang tak keluaq duit la untuk membeli makanan hari ni...alhamdulillah...rezeki...itulah yang seronoknya bila buat makan-makan camni...

Group 1

Group 2
Buat kawan-kawan semua, selamat menjamu selera...semoga rezeki kita bertambah lagi...amin