Klik! Klik! Klik!

Sunday, February 27, 2011

SAMAN oh SAMAN...

Berita yang tak menggembirakan..semua sibuk menge'check' saman masing-masing...maklumlah tarikh untuk dapat diskaun saman dah hampir tiba (last 28/2/2011)...aku pun check la jugak..waaa!! ada 2 saman atas nama ku...kedua2 untuk kereta wira ku...tapi yang pastinya bukan aku yang bawa...so,en.suami tolong setelkan saman-saman ini yer...terbang duit rm300...speeding punyer pasal...

p/s: lain kali bawak keta ikut speed limit...peringatan untuk diri sendiri yang suka bawa keta laju-laju...

Thursday, February 24, 2011

Keutamaan Taubat

Peringatan buat diri sendiri dan semua...

Keutamaan Taubat

Kucing takda..tikus menjadi raja...

Tajuk macam best jer...hehehe...nak cerita pasal aktiviti di opis sepanjang minggu ni...minggu ni merupakan minggu terakhir bos berkerja sebab dia bersara pilihan...minggu ni jugak ada event di Langkawi yang melibatkan semua pegawai-pegawai atasan...so, seminggu ni memang tinggal anak-anak bilis jer di opis...sunyi sepi opis...

Hari ni buat makan-makan di opis...masing-masing bawak lauk sorang sikit...nasi jer masak kat opis...macam-macam lauk ada...ada sambal sotong, gulai ikan (2 tuan), ayam goreng, pecal, ulam-ulaman dan sambal belacan, sardin, telur goreng ros (aku punyer ler tu...), ikan goreng n telur masin...apalagi yer...hah...paling best pulut dengan serawa durian (walaupun aku suka durian tapi aku tak reti makan pulut durian...*wink*)

Hari ni pulak balik awal, rasanya memang tak keluaq duit la untuk membeli makanan hari ni...alhamdulillah...rezeki...itulah yang seronoknya bila buat makan-makan camni...

Group 1

Group 2
Buat kawan-kawan semua, selamat menjamu selera...semoga rezeki kita bertambah lagi...amin

Wednesday, February 23, 2011

Huda demam lagi....

Petang kelmarin tepon en.suami nak bincang pasal kewangan tetiba en.suami bagitau kakak Huda demam...terus rasa susah hati sebab Huda kalu demam memang kena jaga lebih...takut tarik...lepas abis keja terus balik rumah...tengok dia dah ok...dah sihat...dah tak panas...lega hati aku...

Kelmarin jugak besday Ateh...so, aku ingat malas nak masak...sekali kakikwan kata takda duit...duit bantuan banjir abis buat beli spek baru makteh yang telah dipatahkan oleh adik Hassya...huhuhu...kena ganti dak yer...*wink*

Malam tadi, lepas makan malam Huda muntah...dia kata ketaq...aku tengok muka dah pucat...kaki tangan hitam pucat...demam balik...check suhu sah! demam dengan suhu 29 darjah celcius...tinggi tu...aku panggil en.suami...dengan selamba dia buh ubat punggung..tapi lambat sangat suhu turun...malam tadi aku tido tak lena sebab kakak Huda asyik mengigau sebut macam-macam...pastu dia pulak tido macam terseksa ja...nyawa ikut mulut...hidung sumbat...huhuhu

Bangun pagi tadi lambat..dekat pukul 7...1st thing 1st, pegang badan kakak Huda...huhuhu...demam lagi...kejut Huda bawa dia pi klinik...nasib baik keja tak banyak arini so boleh la teman dia...hasil pemeriksaan, doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah dan kurang darah...temujanji kedua bulan 4 ni untuk tengok keputusan darah pasai pa kurang darah...selain tu, doktor buat refer letter untuk ENT sebab dia dengkur teruk...takut tonsil...huhuhu....

Kakak Huda
Ya Allah, sihatkanlah anak-anakku untuk menjadi anak-anak yang SOLEH dan SOLEHAH...amin

Kakak Huda di wad Hosp. Jitra 19/12/2010

Thursday, February 17, 2011

My Hobby...

Hari Selasa aritu (15/2/2011) dapat bekalan buku cerita daripada along...mula tu teruja la tengok satu beg kertas...belek-belek cuma ada 3 buah jer yang belum dibaca...yang lain buku saya sendiri...uhuk uhuk uhuk...tapi oklah...ada jugak daripada takda langsung...sekarang ni tengah membaca 'A Rogue Of My Own' by Johanna Lindsey...one of my favourite author...baru baca mukadimah...rasanya hari ni leh khatam kot...dah khatam nanti saya cerita kisahnya ok??hehehe

My Latest Addiction
Teringat saat-saat mengkhatam buku cerita berdua bersama-sama sister tercinta...miss those memories...

Sunday, February 13, 2011

Kisah Hari Sabtu

khusyuk main tepung
Inilah aktiviti anak-anakku di pagi Sabtu...penat mama tak abis lagi sayang..."Mama, adik Hassya men bedak"...huh, bedak??bukannya bedak...tepung kastad yang dah expired..mama lupa nak buang...adik Hassya jumpa, dia buka main...siap tuang masuk bekas lagi...kakak Hana join upgrade sikit...tambah dengan air...dah puas main, mama la pulak puas nak sapu dan mop lantai...

sibuk 'mengemas'
Ini pulak cerita di petang Sabtu...adik Hassya bukan boleh masuk dapuq...dia mesti nak 'mengemas'...abis 'dikemasnya' laci-laci berisi senduk...kakikwan kena ikat almari-almari semua...dia dah pandai buka dan punggah...

Cuti Hujung Minggu

Bibik Korea
Minggu ni tak da buat aktiviti sangat..tapi letihnya Ya Allah...benda pertama nak cerita pasal adik ku sayang...nak balik Korea tapi tersilap masa...nasib baik tak silap tarikh...buat kalau tarikh tu dah lepas tak ka naya???! Adeq Haida dgn penuh yakin bagitau kat mak abah yang dia akan balik hari Sabtu flight malam...pada pagi Jumaat yang bersejarah, dia belek tiket kapal terbang...dia tak sure dia tanya adeq Saadah... "Ateh, betul dak pukul 1.55 petang?" Sah!! Dia naik flight esok petang bukannya malam... Makanya, kelam kabut la semua menyiapkan diri untuk bertolak...dari rumah di Jitra, singgah amik mak di Penang dan terus ke Trolak untuk hantar nenek dan acik ke rumah paman Lili..pukul 11 lebih dapat mesej dari bonda tercinta kata dah selamat sampai...Alhamdulillah...

Gambar lama
Gambar lama
Cerita kedua pasal anak-anakku...Huda, Hana dan Hassya... Hari Jumaat tu semua bangun lambat termasuklah mama...bangun jer lapaq...tengah duk sarapan pagi, Makngah (adik iparku) datang...tujuan satu ja, nak amik Huda..makanya ai dengan berbesar hati membenarkan Huda ikut Makngah...lega satu bab...hehehe...tinggal ai dengan Hana dan Hassya...Yaim dgn isteri tercinta kerja...Hana makan nasi banyak hari tu...seronok tengok...walaupun hanya sup dan kicap...takpalah kakak Hana..janji kakak Hana mau makan nasi...adik Hassya makan cara dia...nak suap tak mau..nak makan sendiri...banyak tumpah dari masuk mulut....

Thursday, February 10, 2011

Perut oh perut..

Sememangnya dari zaman anak dara saya ni jenis yang ada perut...(buncit la tu..hehehe)..tapi disebabkan masa tu anak dara lagi takda la nak kisah sangat...(pelik kan??)...sekarang bila dah anak tiga baru nak terasa yang perut tu dah tak bleh nak cover...(pakai corset morset pun takda maknanya...huhuhu).. 'Itulah, masa dalam pantang dulu taknak pantang betul-betul..." terngiang-ngiang kata mak dan adik-adik pada ku...

Tau kenapa saya cerita pasal perut??sebabnya hari ni saya pakai baju yang saya pakai masa konvo dulu...(baju yang dibuat 8 tahun dahulu...lama tu)..bila sarung baju muat lagi...tapi perut tu...mak aii!! terbojol-bojol...huduhnya...so, saya pakai la korset...uhukuhukuhuk...tak banyak bezanya...alahai!! Secara kesimpulannya, saya telah menanam azam untuk cuba mengurangkan kebuncitan perut ini sebelum si suami menegur... (azam lagi...mampukah aku??MAMPU!!)

Tanpa membuang masa, dijemput mereka yang mengalami masalah ini agar membaca tip-tip berikut agar risiko kebuncitan dapat dielakkan:
1Makan Dengan Perlahan
Elakkan makan secara berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dihadam sempurna akan menimbulkan banyak gas. Ketika anda menelan terlalu gelojoh, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Oleh yang demikian duduklah ketika makan dan kunyahlah (dan telan) makanan secara perlahan-lahan.
2Kurangkan Pengambilan Garam
Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terase penuh dan buncit.
3Jangan Minum Arak
Aku tahu, sebagai umat Islam memanglah tidak boleh minum arak kerana agama sudah menegahnya, tapi peringatan ini ditujukan khas buat mereka yang bukan beragama Islam. Jangan minum arak jika anda tidak mahu perut anda buncit.
4 - Jangan Minum Teh
Daun Teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan mengeras dan sukar dicerna.
5Jangan Tidur Selepas Makan
Makanan yang baru diambil pastinya tidak dapat dicerna dengan sempurna dan boleh mengakibatkan penghasilan gas dan ketidakselesaan perut. Beri masa kepada perut sekurang-kurangnya 2 jam sebelum melabuhkan kepala di atas bantal.
6Jangan Mandi Selepas Makan
Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan perjalanan sistem pencernaan anda. Seboleh-bolehnya mandilah dahulu sebelum makan.
7Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah ini dengan minum lebih banyak air. Ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sekaligus meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan hanya akan menyebabkan perut menggelembung jika kekurangan air.
8Hindari Sembelit, ambil lebih serat
Sembelit, atau bahasa pasarnya ‘penyakit susah nak berak’ hanya akan membuatkan stok tahi berkumpul-kumpul dalam usus. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.
9Bersenam
Bersenam membantu menggerakkan cairan (fluid) dalam perut, disamping meningkatkan lagi kecekapan sistem pencernaan. Fokus kepada senaman berorientasikan aerobik (kardio).
10Rajin-rajinlah bersendawa
Namun tak bermaksud anda boleh bersendawa dihadapan rakan-rakan, teman lelaki/wanita yang baru dikenali, atau di tempat-tempat awam kerana amalan tersebut sungguh tidak senonoh. Cover cover lah sikit ok?


Tak salah mencuba...betul tak??

Dipetik daripada sususejat.com/tips-mengelak-perut-buncit-dan-boroi/ 

Wali Band - Yank (Official Video Clip) With Lyrics

suka sangat dengar lagu ni..mula-mula tengok tajuk pelik jugak...apa tu 'YANK'...rupanya 'YANG' yang telah ditukar ejaannya...tapi bunyi sebutannya tetap sama...tapi saya suka lagunya jer tau...takda kena mengena dengan liriknya...hehehe

Makan-makan

Kelmarin, masa sesi sembang-sembang dengan kengkawan, semua setuju nak buat makan-makan. Tapi tetiba kata tak jadi pulak..sebabnya ramai kawan-kawan yang nak kena buat kerja luaq..bila fikir-fikir balik, rasanya elok gak kalu buat makan-makan sebabnya esok (hari ni lah) keja sekerat hari ja...so, sepakatlah semua (beberapa kerat yang ada) nak buat makan-makan a.k.a. potluck..


Masa tengah drive duk fikir la nak masak apa untuk esok...fikir punya fikir terbayang lah organ dalaman ayam yang sedang mengeras dalam peti ais...jadilah kot...so, masaklah pagi tadi hati dan pedal ayam untuk dibawa ke opis...buat 2 jenis masakan yang simple dan senang dengan harapan semua orang makan hati dan pedal ayam...huhuhu

Tuesday, February 8, 2011

Nuffnang Ads

Susahnya mak aii nak masukkan iklan Nuffnang ni..walaupun dah diajar langkah demi langkah oleh pihak Nuffnang..ish ish ish...maklumlah buta IT...dulu dapat peluang buat Degree IT, tolak...dah belajaq sekerat jalan...sekarang baru nak menyesal??!dah takda maknanyer...huhuhu

Hari yang BAHAGIA...

5 Februari 2011...kenduri kahwin ketiga dalam keluarga Haji Kamaludin dan Pn. Norsiah...banyak suka dukanya...

Suka

1) Ramai sanak saudara yang datang jauh dan dekat..
2) Ramai kawan-kawan abah dan emak yang datang jauh dan dekat..
3) Akhirnya adindaku Yaim telah selamat menjadi suami orang..
4) Dapat adik ipaq perempuan..(pandai masak plak tu...hehehe)

Duka

1) Acik takda...huhuhu (tak cukup ahli keluarga)
2) Cikmah tak boleh nak mai kenduri sebab jaga cucu baru..(baby Irene Qairena-anak Taufiq dan 'Ain)
3) Jiran baru yang tak reti hidup bermasyarakat...(marah tuan rumah pasang khemah atas jalan..macamlah takda jalan lain yang depa boleh lalu...)
4) Rombongan perempuan dari Johor tak boleh datang sebab banjir besar di Johor..

Apapun, semoga pasangan raja sehari ini dapat hidup bahagia bersama hingga ke hujung nyawa...amin ya Rabb..

Keperluan @ Kehendak??

Sekadar ingin berkongsi maklumat...juga untuk renungan diri sendiri...

PETIKAN DARI MAKALAH US UMAR M NOR DALAM MAJALAH SOLUSI

Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab “Al-Zuhd” bahawa Umar bin Al-Khattab suatu hari berkunjung ke rumah anaknya, Abdullah. Tiba-tiba dia melihat sepotong daging di rumah itu. Dia lalu bertanya, “Mengapa ada daging di sini?” Abdullah menjawab, “Aku teringin memakan daging, jadi aku membelinya.” Umar lalu berkata, “Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali dia menginginkan sesuatu lalu memakannya.”

Imam Ahmad juga meriwayatkan dalam kitab yang sama bahawa suatu hari Umar berjumpa dengan Jabir bin Abdillah yang sedang membawa daging dari pasar. Ia lalu bertanya, “Apa yang engkau bawa itu, wahai Jabir?” Jabir menjawab, “Ini daging. Aku membelinya sebab teringinkan hendak makan daging.” Sekali lagi Umar berkata, “Apakah setiap kali menginginkan sesuatu, engkau membelinya?”

Nafsu

Ucapan Umar Al-Faruk yang diakui Baginda Nabi s.a.w sebagai sangat pandai memilih kebenaran dan kebatilan ini adalah tepat untuk dijadikan panduan hidup. Beliau mengajarkan agar kita tidak menjadikan “keinginan” sebagai asas konsumsi melainkan “keperluan”. Sebab hakikat keinginan adalah nafsu serakah yang tidak mengenal batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Begitulah seterusnya sehingga jika selalu dituruti, ia akan menghantar manusia kepada gaya hidup mewah yang berakhir dengan pembaziran.

Sementara itu, asas keperluan intinya menjadikan akal rasional sebagai pembuat keputusan. Dengan kecerdasannya, akal akan memilih benda-benda yang penting dan yang kurang (atau sama sekali tidak) penting. Akibatnya, seseorang yang berpegang kepada asas ini dapat mengawal perbelanjaannya dengan baik dan selamat daripada kegawatan financial.

Prinsip ini memperlihatkan ketinggian fiqah Sayidina Umar. Sebab tidak terhitung anjuran Islam agar kita membangkang keinginan nafsu. Al-Quran bahkan menyebutkan bahawa sikap memperturutkan hawa nafsu merupakan gaya hidup kafir yang tidak selari dengan prinsip keislaman. “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka.” (Al-Najm: 23)

Al-Quran juga menceritakan bahawa orang kafir menjadikan nafsunya sebagai tuhan selain Allah (Al-Furqan: 25). Jika begitu, membangkang keinginan nafsu merupakan persaksian tauhid yang sangat tinggi sehingga tepat ucapan Imam Sahl bin Abdillah Al-Tustari: “Allah tidak disembah dengan suatu amalan yang lebih baik daripada membangkang keinginan nafsu.”


Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd bahawa pada suatu hari, pelayan Umar yang bernama Aslam berkata dalam hati: “Hari ini, aku akan membuat Umar mencela makanan.” Lalu dia menghidangkan segelas susu yang masam untuknya. Seketika meminum susu ini, wajah Umar berubah. Namun dia tidak mencela minuman itu, sebaliknya berkata, “Duhai betapa lazatnya rezeki Allah s.w.t.”

Anaknya, Abdullah bin Umar, sejak ditegur ayahnya tadi selalu meninggalkan sesuatu kerana Allah setiap kali mencintainya. Nafi, pembantunya, berkata, “Setiap kali Ibn Umar mencintai sesuatu dari harta miliknya, dia akan melepaskan sesuatu itu. Suatu hari dia menunggang seekor unta dan merasa sangat menyukainya. Dia segera turun dari unta itu dan berkata, wahai Nafi, lepaskan pelana ikatan unta ini dan jadikanlah ia korban untuk Baitullah.”

Prinsip hidup ini terus hidup dalam masyarakat Islam hingga berabad-abad kemudian. Ulama Baghdad yang terkenal, Sari bin Abdillah Al-Saqathi, pernah berkata, “Sejak tiga puluh tahun yang lalu, nafsuku selalu menuntut untuk (memakan) wortel yang dicelup ke dalam madu, namun aku tidak menurutinya.”

Balasan Meninggalkan Nafsu


Percaya atau tidak, anda dapat merasai balasan daripada amalan meninggalkan nafsu yang anda lakukan di dunia ini sebelum menerima pahalanya di akhirat kelak. Balasan minima yang segera anda rasakan adalah kenikmatan kembali kepada Allah dan berdamai dengan hati nurani. Ibrahim Al-Khawas berkata: “Barang siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun ia tidak merasakan (kelazatan) balasannya dalam hati, bererti ia tidak jujur dalam meninggalkannya.”

Balasan lain yang sedang menunggu seperti yang dijelaskan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ubay bin Ka’b katanya: “Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan memberinya sesuatu yang lebih baik daripada itu dari arah yang tidak disangka-sangka.” Ucapan ini diriwayatkan oleh Ibn Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd.

Bagi pemuda yang suka melihat sesuatu yang haram, sila renungi ucapan sahabat Nabi s.a.w yang diakui ketinggian ilmunya ini. Lalu ditinggalkannya kerana kelazatan maksiat yang sedang menjerat itu hakikatnya membunuh anda. Dan yakinlah, kelazatan yang lebih besar (hanya Allah yang tahu apa bentuknya) sedang menunggu anda sebagai balasan yang Allah berikan kepada orang yang meninggalkan nafsu kerana-Nya.

Jika anda merasa seronok menghisap rokok, cubalah meninggalkan keseronokan ini kerana Allah. Nescaya keseronokan lebih besar dan halal akan menghampiri anda sebagai gantinya dari Allah.


Akhirnya,

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang meninggalkan sehelai pakaian (kerana dorongan) tawaduk kerana Allah, padahal dia mampu memakainya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan semua makhluk lalu membiarkannya memilih baju-baju iman yang dia kehendaki.”

Sering kali seseorang membeli sehelai pakaian bukan kerana memerlukannya untuk menutup aurat atau menjaga daripada panas atau sejuk. Dia membelinya hanya kerana pakaian itu pernah dilihatnya di dalam sebuah majalah fesyen. Begitu juga sikap sebahagian orang terhadap telefon bimbit, beg tangan, kereta, komputer riba dan aksesori lain yang mewarnai hidup kita. Hadis di atas menjelaskan balasan akhirat untuk orang yang bersedia meninggalkan kebiasaan buruk ini.

Akhirnya, sering-seringlah bertanya kepada diri sendiri ketika anda sedang memandang sesuatu benda di pusat beli belah, “Apakah saya ingin atau perlu membeli barang ini?” Lalu ucapkan kata-kata Sayidina Umar dengan jelas, “Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali ia menginginkan sesuatu yang dia membelinya.” Wallahu a’lam.


Ustaz Zahazan Mohamed: SEKADAR PERINGATAN

Langkah Pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...semoga dipermudahkan segala urusanku di dunia ini...amin