Klik! Klik! Klik!

Tuesday, March 17, 2015

Cucu yang ke 11, 12 dan 13

Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi. Allah telah memberikan kesihatan yang baik kepada mak dan abah yang menjadi kekuatan kepada anak-anak. Semoga Allah terus memayungi mak abah dengan rahmat dan berkatNya.

Selepas kelahiran bayi ke-5 saya yang merupakan cucu ke-11 mak abah pada 7 November 2014, mak abah terbang ke Korea untuk menyambut cucu yang ke-12. Namun kehadiran mak abah lewat 2 hari kerana cucu lahir dulu pada 19 Disember 2014. Apapun, syukur alhamdulillah semua selamat. Selama hampir dua bulan mak abah mengharungi musim sejuk di Korea demi menjaga anak, menantu dan cucu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan mak abah dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak serta cucu-cucu. Semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik kepada mak abah dan memberikan keberkatan usia yang panjang kepada mak abah.

Pada hari ini, 17 Mac 2015, mak abah berada di Ipoh pula menjaga anak ke-5 yang baru melahirkan cucu mak abah yang ke-13. Subhanallah. Alhamdulillah. Sekarang ni mak abah mempunyai 6 cucu perempuan dan 7 cucu lelaki.

Along:
Aniq, Asyraf, Adib & Nuha

Angah (saya la tu):
Huda, Hana, Hassya, Zaidan & Hanis

Yaim:
Dina

Achik:
Eimad

Ateh:
cucu ke-13 yang belum diberi nama

Adik:
Mahdi

Allahuakbar...

Insya Allah, bulan September nanti cucu mak abah akan jadi 14. Dina akan ada kawan. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berikan kesihatan yang baik kepada baby dan ibu Yana. Ameen

Mohamed Zaidan Adha

(Catatan pada 29/9/13)

29hb September ni, genap umur Zaidan 11 bulan...alhamdulillah...Zaidan dah pandai bertatih...dah boleh berjalan tanpa sokongan walaupun sekadar 4 5 langkah...pencapaian Zaidan lebih kurang kakak2...mulut pun cepat...dah boleh menyebut 'abah'...genap setahun usia nanti, insya Allah, Zaidan dah boleh berjalan sendiri...

Sebenarnya, agak mudah menjaga hero ku yang seorang ini...tidak banyak karenah...cuma demam teruk bila gigi nak tumbuh...kesian sangat tengok...macam hari tu...beberapa minggu yang lepas, demam dan merengek2...susu pun tak minum...3 batang gigi tumbuh serentak...susah hati mama...dahla nak kena tinggal mama nak pi Langkawi...tapi alhamdulillah, dah baik demam bila gusi dah pecah dan gigi dah naik sikit...

(post yang tertunda)

hari ini, Mohamed Zaidan Adha dah berusia 16 bulan...sudah berlari dan memanjat...sudah ringan mulut memanggil 'mama' , 'abah'...menyebut 'amau' untuk takmau dan menyanyi lagu yang hanya dia faham...alhamdulillah atas kurnia dari Nya...alhamdulillah kerana saya masih bernafas untuk merasainya...alhamdulillah atas segala-galanya...syukur ya Allah...



ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

TERLALU BANYAK YANG INGIN DIPERKATAKAN. NAMUN TIDAK SEMUA DAPAT DILUAHKAN DISINI. SELAMA HAMPIR DUA TAHUN MENYEPIKAN DIRI, TERLALU BANYAK YANG BERLAKU DALAM HIDUP. SEMUANYA ADALAH UJIAN DARI ALLAH KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH INGIN MELIHAT AKU BERUBAH. 

ALLAH SWT TIDAK PERNAH MEMUNGKIRI JANJINYA. 

ANDAI AKU INGIN ORANG LAIN BERUBAH, AKU DULU KENA BERUBAH. TAPI KENAPA, SEHINGGA KE HARI INI AKU MASIH GAGAL UNTUK MENJADI LEBIH BAIK?

DI MANA SILAPNYA?
APAKAH AKU TIDAK TAHU?
APAKAH AKU TIDAK BELAJAR?
APAKAH AKU EGO SAAT DITEGUR OLEH ORANG LAIN?

BANYAK PERSOALAN YANG BERMAIN DIFIKIRAN KU. NAMUN HAKIKAT KENYATAAN HANYA SATU. 

AKU PERLU KURANGKAN BERCAKAP DAN LEBIHKAN PERBUATAN. 

JANGAN CAKAP SAJA NAK BUAT SEMBAHYANG MALAM. TAPI KENA TERUS BANGUN DAN BUAT. 
JANGAN CAKAP SAJA NAK SEMBAHYANG AWAL WAKTU. TAPI BILA AZAN SEPATUTNYA TERUS BANGUN SEMBAHYANG.