Klik! Klik! Klik!

Tuesday, March 17, 2015

Cucu yang ke 11, 12 dan 13

Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi. Allah telah memberikan kesihatan yang baik kepada mak dan abah yang menjadi kekuatan kepada anak-anak. Semoga Allah terus memayungi mak abah dengan rahmat dan berkatNya.

Selepas kelahiran bayi ke-5 saya yang merupakan cucu ke-11 mak abah pada 7 November 2014, mak abah terbang ke Korea untuk menyambut cucu yang ke-12. Namun kehadiran mak abah lewat 2 hari kerana cucu lahir dulu pada 19 Disember 2014. Apapun, syukur alhamdulillah semua selamat. Selama hampir dua bulan mak abah mengharungi musim sejuk di Korea demi menjaga anak, menantu dan cucu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan mak abah dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak serta cucu-cucu. Semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik kepada mak abah dan memberikan keberkatan usia yang panjang kepada mak abah.

Pada hari ini, 17 Mac 2015, mak abah berada di Ipoh pula menjaga anak ke-5 yang baru melahirkan cucu mak abah yang ke-13. Subhanallah. Alhamdulillah. Sekarang ni mak abah mempunyai 6 cucu perempuan dan 7 cucu lelaki.

Along:
Aniq, Asyraf, Adib & Nuha

Angah (saya la tu):
Huda, Hana, Hassya, Zaidan & Hanis

Yaim:
Dina

Achik:
Eimad

Ateh:
cucu ke-13 yang belum diberi nama

Adik:
Mahdi

Allahuakbar...

Insya Allah, bulan September nanti cucu mak abah akan jadi 14. Dina akan ada kawan. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berikan kesihatan yang baik kepada baby dan ibu Yana. Ameen

No comments:

Post a Comment