Klik! Klik! Klik!

Monday, March 28, 2011

Cara betul masak mee segera

Tengah browsing internet terjumpa satu blog yang amat berguna...banyak panduan berguna yang boleh diambil dan digunapakai dalam kehidupan seharian...
Antara panduan yang diberikan ialah cara masak mee segera dengan betul...

1) Masak air sehingga mendidih...dah didih masukkan mee segera...bila dah kembang toskan air dan buang air tersebut...ini kerana, setiap helaian mee segera disalut oleh satu lapisan 'lilin' untuk membuatkannya tahan lama...air tersebut mengandungi 'lilin' yang telah cair itu...

2) Masak air sehingga mendidih...dah didih masukkan semula mee segera yang dah dimasak tadi...tutup api...

3) Masukkan perencah mee segera ketika air masih panas dan kacau...jangan masukkan perencah ketika api masih dinyalakan kerana MSG yang ada dalam perencah tersebut akan menjadi toksik akibat suhu air yang mendidih...

Begitulah cara terbaik nak masak mee segera untuk menjaga kesihatan kita bersama...apapun, jangan amalkan makan mee segera yer...hehehe

Ihsan internet

1 comment:

  1. ohhhhh..............ada cara betul/tak betul masak mee segera ni rupanya. ish2....dh berkontena mkn br tau.

    ReplyDelete