Klik! Klik! Klik!

Sunday, April 24, 2011

Sembelit

Agak menakutkan apabila google pasal sembelit dikalangan bayi...macam2 yang boleh berlaku kalu dibiarkan sembelit ini berterusan..boleh baca di sini pasal sembelit pada bayi yang ditulis oleh Dr. Hamid Arshat, pakar sakit puan..

Hassya mengalami masalah sembelit yang agak ketara...pada usia setahun enam bulan, kalu nak buang air besar memang akan menangis meraung-raung...biasanya memang saya akan bawa dia mencangkung dalam tandas untuk membantu dia meneran...macam2 cara dah buat...bagi minum air banyak2, kurangkan sukatan susu formula, bagi makan buah-buahan...tapi semua tu macam sementara sahaja...apapun mama akan terus usaha untuk mengatasi masalah sembelit pada adik Hassya sebab taknak perkara ni berlarutan dan menjadi lebih mudarat...

Petua baru yang mama dapat hasil carian di google ialah bancuh secamca madu dengan segelas air dan bagi minum...insya allah, mama akan cuba...

No comments:

Post a Comment