Klik! Klik! Klik!

Sunday, May 22, 2011

Huda oh Huda...

Tanggal 19 Mei 2011, genaplah usia kakak Faezatul Huda 5 tahun. Banyak dugaan yang ditempuhi oleh kakak Huda sehari sebelum sambutan hari lahirnya. 18 Mei 2011 ada temujanji kakak Huda yang kesekian kalinya di Klinik Kesihatan Bandar (hospital lama). Dan untuk kesekian kalinya juga kakak Huda perlu merelakan darahnya diambil. Dari dalam bilik doktor lagi kakak Huda dah menangis. Mungkin sebab memikirkan pengalaman sebelumnya yang agak menyakitkan. Ditambah pula dengan keletihan menunggu giliran. Seawal jam 7.45 pagi kami telah berada di klinik namun hanya dapat berjumpa dengan doktor jam 10 pagi. Kagum melihat jururawat memujuk kakak Huda untuk membenarkan darahnya diambil. Terima kasih wahai puan jururawat. Selesai ambil darah, doktor menetapkan tarikh untuk temujanji berikutnya. Sebulan dari sekarang. Hasil perbincangan dengan doktor, kakak Huda mempunyai masalah di dalam darhnya namun hasil pemeriksaan yang telah dilakukan belum dapat mengenalpasti punca dan jenis masalah tersebut. Selagi belum dapat dipastikan masalah darah kakak Huda, selagi itulah kakak Huda perlu membenarkan jururawat mengambil darahnya.

Selesai semuanya, kami bergerak untuk pulang ke rumah. Saya tidak bercadang untuk cuti hari tersebut memandangkan hari Khamis minggu berikutnya saya akan bercuti untuk membawa kakak Huda ke temujanji EnT. Namun begitu, lain yang dirancang, lain jadinya. Kakak Huda muntah dalam kereta dan mula membuat perangai. Akhirnya, demi anak tersayang, saya sms untuk memaklumkan yang saya EL hari tu. Nak jadi cerita, malamnya pula kakak Huda mengalami keracunan makanan. Kakak Huda cirit birit dan muntah sehingga jam 2 pagi. Mujurlah hanya keracunan makanan dan kakak Huda kembali cergas untuk menyambut hari ulangtahun kelahirannya keesokan hari.

Pada hari tersebut (19 Mei 2011), mama tak pergi kerja kerana keadaan diri yang agak pusing akibat berjaga malam bersama kakak Huda. So, pagi tu mama bersama anak2 ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Telinga adik Hassya cikmah dan kakikwan kata busuk. Sah! Doktor kata ada jangkitan. Doktor bagi ubat titik dan ubat makan. Kakak Huda dapat ubat cirit, muntah dan angin. Kakak Hana dapat ubat kahak. Mama dapat ubat senak dan angin. Jumlah kesemua RM53. Habis di klinik pergi ke kedai untuk beli kek. Kakak Huda nak kek macam abah. Kek aiskrim mocha. Habis lagi RM50. Sesak juga la sementara nak menunggu gaji. Insya Allah, rezki anak2 ada...amin

kek besday kakak Huda

Esoknya, hari Jumaat (20 Mei 2011), ibu mertuaku telah buat kenduri makan2 untuk cucu kesayangannya. Menu hari tu ialah nasi putih, masak lemak udang dan nenas, somtam, ikan goreng, sambal belacan dan ulam timun. Menu yang sangat marveles terutamanya somtam. Memang feveret. Malam tu kakak Huda tak balik dengan mama abah dan adik2. Kakak Huda nak tido sana sebab Makngah ada.

Sempena ulangtahun kelahiran kakak Huda yang ke 5 ini, doa dan harapan mama agar:
1) kakak Huda menjadi anak yang SOLEHAH.
2) kakak Huda menjadi cucu yang SOLEHAH.
3) kakak Huda menjadi kakak MITHALI.
4) kakak Huda menjadi pelajar TERBAIK.
5) kakak Huda menjadi hamba Allah yang BERIMAN dan BERTAKWA.

Dan yang paling penting mama berdoa agar kakak Huda diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk berbakti kepada keluarga, agama dan bangsa..

Amin ya RABB....
Besday girl

No comments:

Post a Comment