Klik! Klik! Klik!

Sunday, August 28, 2011

Dah Bersawang....

Dah lama sangat tak menulis dalam blog ni. Macam-macam yang dah berlaku dalam hidup ku selama ini. Antaranya:

1) Tanggal 21 Julai 2011, berubahlah status bondaku daripada pekerja kerajaan kepada pesara kerajaan. Dapatlah mak dan abah tinggal sebumbung setelah hampir 2 tahun tinggal berasingan. Semoga mak dan abah lebih bahagia dan gembira...amin.

2) Pada 13 Ogos 2011, genaplah usia perkahwinanku 6 tahun. Baru 6 tahun. Masih dalam peringkat bulan madu...hehehe... Semoga rumahtangga ku lebih bahagia dan diberkati oleh Allah hendaknya..amin.

3) Hasil temujanji Huda pada 25 Ogos 2011, maka aku dan suami dah buat keputusan untuk membenarkan Huda dibedah bagi membuang tonsilnya. Pembedahan dijadualkan pada 25 September 2011. Semoga dengan pembedahan ini, Huda akan lebih sihat dan tidur lebih lena...amin.

Banyak lagi yang berlaku tapi tak semua boleh nak ditulis di sini...jumpa lagi nanti...

No comments:

Post a Comment