Klik! Klik! Klik!

Thursday, November 3, 2011

Cikmah dan Cikmah...

Aku ada dua Cikmah...dan kedua2 mereka memberi kesan yang besar dalam hidupku...

Cikmah rambut panjang aka Noormah Bajuri merupakan mak saudara ku iaitu adik kepada ibu ku...kenapa Cikmah yang ni bermakna padaku? Kerana selama 3 tahun aku menumpang kasih sayang, perhatian, kehidupan dan semua dengannya...aku seorang yang tidak pernah berjauhan dari keluarga...aku berhenti dari pengajian ijazah sarjana kerana aku terpaksa berjauhan dari keluarga...namun, ketika mendapat kerja sebagai kakitangan kerajaan, aku terpaksa melaporkan diri di Putrajaya dan ditempatkan di sana...berbelah bagi perasaan ku...apatah lagi ketika itu aku baru sahaja 2 bulan mendirikan rumahtangga...namun atas nasihat semua aku terima jawatan itu dan pada 3 Oktober 2005, bermulalah kehidupan ku bersama Cikmah dan jauh daripada suami tercinta...aku banyak terhutang budi pada Cikmah sekeluarga...terima kasih Cikmah....semoga Allah memberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik kepada Cikmah...amin ya Rabb...

Cikmah rambut pendek aka Siti Fatimah Musa merupakan seorang 'ibu' padaku...dia tidak punyai apa2 talian darah dengan ku namun kehadirannya amat bermakna pada ku...Cikmah merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga ku dan adik2ku selama ini...dan sekarang Cikmah bertanggungjawab menjaga anak2 ku...aku amat bersyukur pada Mu ya Allah kerana membawa Cikmah dalam kehidupanku...Cikmah banyak berjasa kepada keluargaku...pengaruh Cikmah terlalu banyak dalam diri ku...cuma dari segi rajin tu ja yang tak turun pada ku...hehehe...Cikmah seorang yang penyabar walaupun cenge...Cikmah seorang yang rajin tapi sangat2 pemalu...Cikmah berkongsi tarikh lahir dengan along iaitu pada 30 Disember...selama 31 tahun aku mengenali Cikmah dan aku sangat2 menyayanginya walaupun jarang aku tunjuk...doa ku semoga Cikmah sentiasa sihat dan gembira dan bahagia sehingga akhir hayat...amin ya Rabb...


Cikmah @ Siti Fatimah Musa & Cikmah @ Noormah Bajuri - ihsan fb kakya



No comments:

Post a Comment