Klik! Klik! Klik!

Thursday, January 12, 2012

Cerita-ceriti

Minggu ni aku pi Kulim untuk 3 hari 2 malam...pi hari Isnin, balik hari Rabu...Huda dengan Hana nangis...mungkin sebab depa ingat aku dah takkan pi mana-mana...masa nak pi hari Isnin tu kesian sangat tengok adik Hassya...mata bengkak...pagi tu bangun tidur tak boleh nak buka mata...jalan meraba-raba...asyik nangis ja cari aku...sampaikan aku nak siap pi kerja pun tak boleh...last-last aku letak dia atas katil dalam bilik...untuk bagi dia tau aku ada dengan dia, aku berwirid dan berzikir...bila dia dengar suara aku, dia tau aku ada dengan dia...bila aku keluar ja dari bilik, dia nangis...aku zikir sambil bersiap ke pejabat...suami pulak dah 3 hari MC sebab sakit mata...mujurlah sakit mata yang tak begitu teruk...mata tak bengkak macam adik Hassya...kira antara semua yang sakit mata tu, adik Hassya yang paling teruk dengan dua-dua mata bengkak serentak...

Semasa aku ke Kulim, Hassya dijaga oleh Cikmah dan Hana Huda duduk dengan suami...alhamdulillah...semuanya sihat...

Balik dari Kulim, suami bagitau dia nak pi mengai hari Jumaat Sabtu ni..aku ingat bolehlah aku bawa anak2 ke Penang dengan bantuan adik Haida...sebabnya aku nak pi naik bas...tapi harapan ku musnah sebab mak abah dengan adik2 dah awal-awal lagi ke Penang...suami pulak macam tak izinkan aku pi...so, terpaksalah membatalkan hasrat untuk ke sana...tapi still aku kena bawa Hana dengan Hassya jalan-jalan sebab Huda ikut makngah dengan nenek Piah...kesian pulak kat depa asyik kena tinggal ja...

Malam ni kena buat plan nak bawa anak2 ke mana sebab nak kena minta izin suami....takut esok dia sibuk @ takda line telefon....semoga suami selamat pergi dan balik ke pangkuan keluarga...amin...

No comments:

Post a Comment