Klik! Klik! Klik!

Monday, November 14, 2011

Menanti hari esok....

Sepatutnya hari ini, aku dah sampai Kulim untuk menjalankan tugasan luar..tapi terpaksa ditangguhkan sebab seorang ahli kumpulan cuti..so, esok baru akan ke Kulim sehingga hari Khamis ni..hari ini juga, mak abah dan ateh dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk hantar acik dgn Mukram balik Mesir...mungkin hari ni, depa akan transit di Sabak Bernam dulu untuk melawat saudara mara di sana...lepas tu baru ke Kuala Lumpur...hari ni juga, adik ipar saya (satu2nya adik ipar perempuan) akan balik ke Shah Alam...perjalanan yang dijadualkan pada hari Sabtu ini terpaksa diawalkan apabila doktor pakar Hospital Kangar bimbang dengan kandungan yang dijangka agak besar...maka, impian Liyana untuk bersalin di Hospital Sg Buloh akan tercapai...insya Allah...walau kat mana sekali pun, Yana bersalin, angah doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya...tiada yang lebih penting daripada ibu dan anak yang sihat dengan kelahiran yang sempurna...amin...


Bagi mak, abah n ateh: SEMOGA SELAMAT PERGI DAN BALIK...INSYA ALLAH, TIADA APA YANG AKAN BERLAKU SEPANJANG KETIADAAN KALIAN DI SINI...ANGAH, ABENGAH DAN ANAK2 MENANTI DENGAN SABAR KEPULANGAN SEMUA....

Buat Yana & Yaim: SEMOGA PERJALANAN SENTIASA DILINDUNGI OLEH ALLAH DAN SEMOGA KELAHIRAN BABY NANTI DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI....ANGAH SEKELUARGA MENANTIKAN KELAHIRAN BABY YANG SIHAT DAN SEMPURNA...AMIN

Buat acik n pakcik: SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE MESIR DENGAN PERJALANAN YANG LANCAR...SEMOGA BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN YANG BARU DAN DAPAT MENGHABISKAN PENGAJIAN DENGAN CEMERLANG...AMIN

YA ALLAH YA TUHANKU, JAUHKANLAH MALAPETAKA DARIPADA MELANDA KELUARGAKU DAN SEMUA...SESUNGGUHNYA, ENGKAULAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI....AMIN YA RABB....

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".

Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


No comments:

Post a Comment