Klik! Klik! Klik!

Tuesday, November 29, 2011

New Addition To The Family...

(Entry yang tertangguh...)
Birthday abah 19 November 2011...hadiah birthday abah tahun ni ialah cucu girl dari anak lelaki tunggalnya...kelahiran yang penuh dugaan dan cabaran namun berakhir dengan selamat...alhamdulillah syukur pada Allah...

Segalanya bermula pada hari Isnin 14 November 2011 selepas pertemuan dengan doktor pakar di Hospital Kangar..daripada scan yang telah dibuat, doktor mendapati baby dalam kandungan agak besar iaitu 3.4 kg pada usia 37 minggu...doktor telah menyarankan agar Yana admit wad untuk proses induce kerana doktor tak mau tunggu sehingga 40 minggu...namun pada hari Isnin tersebut, mak abah dan ateh dalam perjalanan ke KL untuk menghantar acik dan Am balik ke Mesir..aku pulak terpaksa ke Kulim atas urusan kerja...hasil perbincangan, Yana buat keputusan untuk minta reference letter bagi membolehkannya admit wad di Hospital Sg. Buloh...malam tu juga mereka bertolak ke Shah Alam...hari Jumaat Yana admit wad bagi membolehkan proses induce dijalankan...selama 2 hari Yana menanggung kesakitan...semua resah dan gelisah menunggu saat kelahiran...paling gelisah of course lah adikku Yaim memandangkan ini anak sulung mereka...aku di rumah tertanya-tanya dah bersalin ke belum...jam 4 pagi 21 November, mak mesej kata Yana dah selamat melahirkan baby girl..aku ingatkan bersalin normal kerana dah 2 hari induce...rupa-rupanya Yana ke ceasar...mungkin sebab baby dah tunjuk tanda-tanda distress...nak buat macam mana...dah itu ketentuanNya...apapun, aku bersyukur kerana mama dan baby sihat dan selamat...

Inilah wajah baby kesayangan Yaim dan Yana serta ahli keluarga terbaru keluarga Haji Kamaludin dan Norsiah...semoga dengan kelahirannya menambahkan lagi keceriaan dan rezeki kami...amin ya Rabb...

KHAIRINA IRDINA BINTI MUHAMMAD KAMALHAMDY
ibu dengan baby

ayah dengan baby


No comments:

Post a Comment