Klik! Klik! Klik!

Monday, March 18, 2013

Baby baru saya... (sambungan....)

Pada 29 Oktober 2012, saya dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan. Kenapa kena bedah? Sebabnya ada beberapa sebab. (1) Baby saya kurang aktif malam sebelum tu. (2) Doktor suspek baby saya besar (setelah discan oleh 4 orang doktor dan semua kata baby saya 3.9kg @ 4kg). (3) 'Jalan' dah buka 3 cm tapi kepala baby masih floating. (4) Berat anak2 saya yang lain tak sampai pun 3 kg masa lahir.

Ramai yang terkejut dengar saya kena bedah tapi saya biasa ja. Mungkin sebab saya pernah terlintas dihati untuk dibedah dan diikat bagi memudahkan saya merancang kelahiran. Mungkin Allah dah makbulkan doa saya. Cuma, alhamdulillah, saya tidak membenarkan doktor untuk mengikat peranakan saya memandangkan saya masih muda dan masih sihat kerana anak adalah anugerah Allah dan membawa rezki.

Saya mendaftarkan diri di wad pada petang 28 Oktober dan akan dibedah pada 29 Oktober. Namun, disebabkan kes saya semi-emergency lower c-section, saya taktau pukul berapa saya akan dibedah. Malam tu, saya disuruh berpuasa mulai jam 10 malam. Alhamdulillah, saya mampu tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan. Pagi 29 Oktober, suami saya datang membawa barang yang dikirim oleh mak saya. Perut dah mula berkeroncong. Jam 10 pagi saya dah tak tahan. Mula minta suami tanya kat dewan bedah bila giliran saya. Pukul 12, misi kat wad suruh saya bersiap. Jujur saya cakap, perjalanan dari wad ke bilik bedah amat memalukan saya. Apatah lagi, masa tu waktu melawat. Walaupun, saya bukanlah seorang yang alim, namun saya malu bila hanya memakai pakaian hospital, diselimut dan menutup kepala dengan serkup kain yang amat jarang ketika terbaring diatas stretcher untuk ditolak ke dewan bedah. Saya berdoa, semoga Allah ampunkan dosa saya ketika itu.

Sampai di dewan bedah, saya nampak suami saya tapi saya tak sempat minta ampun dan maaf daripadanya. Sepanjang perjalanan ke dewan bedah, hati saya berdebar-debar tapi saya tak menangis. Hati saya tak berhenti berzikir dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Di dalam dewan bedah, saya dipersiapkan untuk disuntik ubat tahan sakit. Setelah selesai dicucuk ubat tahan sakit, saya dipakaikan dengan topeng gas dan doktor yang akan membedah saya memperkenalkan dirinya. Ketika itu, saya rasa diri saya pitam. Saya tak pasti berapa lama saya tak sedarkan diri tapi saya rasa sekejap saja. Jam 1.15 ptg, pembedahan dijalankan dan 10 minit kemudian lahirlah hero saya. Masa mula-mula dengar dia menangis, lega sangat rasa hati. Selesai semua proses kelahiran, saya ditolak keluar sementara menunggu misi wad datang ambil. Masa tu saya tertanya-tanya keadaan bayi saya. Disebabkan saya pembawa Hepatitis B, baby saya ditahan dulu untuk pemeriksaan. Petang, mak abah dan ateh datang melawat saya. Acik dan pakcik Am pun ada. Anak-anak tak boleh masuk untuk melawat. Kesian kakak-kakak. Tak boleh nak tengok adik baby. Malam tu saya tidur berseorangan. Baby saya dijaga oleh misi.

Kalau orang tanya, mana sakit bersalin bedah atau normal, saya kata bersalin normal sakit. Dalam situasi saya la. Sebabnya, saya pembedahan yang dirancang jadinya saya tak merasa sakit untuk bersalin. saya cuma sakit di tempat pembedahan. Itupun, rasanya dalam tempoh seminggu dua ja. Lepas tu, saya dah boleh berjalan dan duduk seperti biasa. Cuma, saya tak suka tengok perut saya. Walaupun, masa bersalin anak2 yang lain saya tak berpantang sangat, namun perut saya taklah buncit sangat. Tapi kali ni, perut saya memang besar. Macam ada sorang lagi.

Untuk anak yang keempat ini, saya mengambil cuti 90 hari. Makanya, cuti bersalin saya hanya berbaki 30 hari.... :p

No comments:

Post a Comment